KUALA LUMPUR: Ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19 pada 2020, sebanyak 1,837 aduan berita palsu berhubung isu vaksin diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian MCMC Harme Mohamed berkata situasi berkenaan mencetuskan panik dalam kalangan orang awam sehingga ada yang hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membawa keluar rakyat daripada situasi pandemik COVID-19 ketika itu.
"Penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata trend berkaitan berita palsu berterusan dengan sebanyak 143 aduan diterima MCMC dari Januari hingga Februari lepas.
Menurutnya antara berita palsu itu melibatkan tadbir urus kerajaan dengan 37 peratus aduan, kes jenayah seperti skim penipuan dan penyamaran (16 peratus) dan isu kepenggunaan (15 peratus).
Dalam pada itu, mengikut tinjauan Kumpulan Meltwater Malaysia pada tahun lepas, 29.55 juta rakyat Malaysia atau 89.6 peratus melayari Internet selama sembilan jam sehari.
Justeru, bagi menangkis lambakan maklumat palsu dalam talian, semakan terhadap fakta menjadi inisiatif terbaharu bidang kewartawanan di negara ini.
Penyemak fakta di MyCheck Malaysia Fatin Najmi Mohammad Shah berkata semakan fakta atau fact-check adalah evolusi dalam dunia kewartawanan dengan laporan mendalam dihasilkan menggunakan teknik dan alatan (tools) semakan fakta.
"Dalam proses menyemak fakta, input yang kami sertakan dalam laporan bukan hanya berdasarkan kenyataan penafian oleh individu dan organisasi berkaitan semata-mata.
"Tetapi kami juga sertakan maklumat berdasarkan dapatan daripada penyiasatan terperinci yang dibuat. Untuk proses itu, kami perlu menggunakan tools semakan fakta dan mendedahkan kepada orang awam setiap proses yang dibuat," katanya.
Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak 164 laporan semakan fakta dilakukan MyCheck Malaysia membabitkan pelbagai isu seperti kepenggunaan, kesihatan, dasar kerajaan dan politik yang viral di media sosial.
MyCheck Malaysia yang bermula sejak Mac 2020 merupakan inisiatif semakan fakta yang beroperasi secara editorial bebas untuk membanteras maklumat palsu yang tersebar luas di negara ini mengikut piawaian antarabangsa ditetapkan International Fact Checking Network (IFCN).
Selain MyCheck Malaysia, antara organisasi yang menjalankan usaha semakan fakta di Malaysia ialah AFP Fact Check Asia (Malaysia).
Sementara itu, Prof Madya Masato Kajimoto dari Pusat Pengajian Kewartawanan dan Media, Universiti Hong Kong ketika dihubungi berkata terdapat perbezaan ketara antara pemeriksa fakta dan wartawan kerana peranan wartawan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang perkara yang mereka tidak tahu, manakala pemeriksaan fakta ialah membetulkan fakta yang sudah diketahui umum.
"Pemeriksa fakta mesti mahir dalam bidang selain daripada menghasilkan laporan komprehensif, seperti menggunakan alat semakan fakta, hebat dalam pemantauan media sosial, dan membuat grafik atau video penjelasan," tambahnya.
Kajimoto, yang juga Ketua Pengarang di Asian Network of News and Information Education (Annie) Lab, sebuah organisasi semakan fakta berasaskan universiti menegaskan bahawa semakan fakta adalah penting kerana maklumat salah boleh menimbulkan ketakutan, panik dan dalam banyak kes, kemarahan dalam diri individu, mengakibatkan rusuhan, kematian, dan akibat buruk yang lain.
"Sebagai contoh, semasa protes selama berbulan-bulan Hong Kong yang dikenali sebagai Pergerakan Payung pada 2014, pelbagai khabar angin tersebar menerusi Internet, bahan audio-visual yang dimanipulasi, dan bentuk tuntutan tidak berasas yang sering menjadi suapan harian media kepada rakyat.
"Orang ramai mahukan maklumat yang pasti, oleh itu, kita akan cuba mencari sendiri jawapannya, tetapi orang ramai tidak terdedah kepada semakan fakta. Maka, mereka perlu mencari sendiri jawapannya. Natijahnya, mereka tepaksa bergantung kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, yang kadangkala mengelirukan juga," katanya.
Fatin Najmi dan Kajimoto juga berpendapat penyemak fakta perlu bergerak seiring dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka dapat mengenal pasti corak penyebaran maklumat palsu menerusi AI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.