awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan skim gaji minimum dimuktamad Ogos ini

Bernama
Bernama
20/06/2014
10:21 MYT
Semakan skim gaji minimum dimuktamad Ogos ini
Semakan skim gaji minimum dimuktamad Ogos ini. --gambar hiasan
Keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum akan dimuktamadkan Ogos ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.
Beliau berkata proses semakan skim itu kini di peringkat akhir dan pengumumannya bakal dibuat oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem.
"Kerajaan memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada majikan dan pekerja untuk memberikan pandangan sehingga Mei lepas.
"Keputusan semakan semula skim ini akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan cermin mata kepada 53 warga emas di Dewan Dun Lui di sini, hari ini.
Menurutnya semakan semula skim itu dibuat dua tahun sekali oleh Majlis Perundingan Penyelarasan Gaji Negara dengan perbincangan penyelarasannya membabitkan majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Pelaksanaan skim gaji minimum itu, yang bakal memberi manfaat kepada 1.4 juta pekerja swasta di negara ini, sepatutnya dilaksanakan Januari 2013 tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#Ismail Abdul Mutalib
#Richard Riot Jaem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan