AWAL bulan lalu ribuan lagu daripada artis di bawah label Universal Music Group (UMG) telah ditarik daripada TikTok selepas lesen penggunaannya di platform tersebut luput.
Persetujuan baharu gagal dipersetujui, dengan UMG mendakwa TikTok enggan membayar pampasan sewajarnya untuk terus menawarkan muzik daripada artis seperti Coldplay, Siti Nurhaliza, Taylor Swift dan Drake.
Hari ini lebih banyak lagu ditarik daripada TikTok selepas persetujuan dengan Universal Music Publishing Group (UMPG) pula luput.
Menurut persetujuan penerbitan ini, muzik yang ditulis oleh artis yang bernaung di bawah UMG juga akan ditarik.
Muzik oleh Beyonce dan Harry Styles kini akan lesap daripada TikTok walaupun mereka bukan artis di bawah UMG kerana lagu ditulis oleh artis UMG seperti Sza.
Video TikTok yang menggunakan muzik-muzik yang telah ditarik kini bisu di platform.
Sebagai antara syarikat penerbitan terbesar dunia, UMG ingin menunjukkan kepada TikTok mereka tidak memerlukan platform media sosial tersebut untuk memasarkan artis mereka.
Sebaliknya TikTok yang akan lebih teruk terkesan.
SUMBER TechCrunch
Amanz
Wed Feb 28 2024
Sebagai antara syarikat penerbitan terbesar dunia, UMG ingin menunjukkan kepada TikTok pihaknya tidak memerlukan platform media sosial tersebut untuk memasarkan artis mereka. - Foto Amanz
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Semakin banyak lagu lesap daripada TikTok kerana kemelut dengan Universal
TikTok dikatakan enggan bayar pampasan sewajarnya untuk terus tawarkan muzik daripada artis seperti Coldplay, Siti Nurhaliza, Taylor Swift.