KUALA LUMPUR:Penubuhan Jawatankuasa Bipartisan Kuala Lumpur 2024 akan membolehkan ahli Parlimen terlibat secara langsung dalam pembentukan dasar serta pelaksanaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata selain belanjawan tahunan Kuala Lumpur, jawatankuasa tersebut juga akan dilibatkan dalam memberi cadangan, maklum balas, semak dan imbang keberkesanan sebarang projek di Kuala Lumpur.
"Ini (jawatankuasa) penting sebab ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur bukan hanya jaga hal ehwal dan kebajikan warganya, tetapi juga melihat sendiri maklum balas warga Kuala Lumpur terhadap perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi lain.
"Jika ada platform dan jawatankuasa yang mana maklumat ini dapat disampaikan secara sistematik, teratur dan berkala,maka proses itu semestinya akan ditambah baik.
"Satu-satunya cara ahli Parlimen dapat membangkitkan perkara ini dalam wacana atau platform yang tepat adalah di Parlimen, malangnya waktu ini Parlimen tidak dapat bersidang dan kami tidak ada masa yang secukupnya untuk bahas perkara berkaitan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelasnya, cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa ini telah dikemukakan beberapa kali sebelum ini dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur yang lebih dinamik.
"Harapan saya supaya Menteri Wilayah Persekutuan (Tan Sri Annuar Musa) dalam sehari dua ini boleh memberikan satu pengumuman dimana kami ahli-ahli Parlimen dilibatkan secara telus dan dijemput untuk bekerjasama.
"Namun syaratnya adalah kita putuskan bersama struktur yang ingin diwujudkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua pihak," katanya.
Justeru beliau berpandangan, amat penting ketika ini untuk memastikan bukan sahaja kehidupan 1.3 juta rakyat di Kuala Lumpur lebih baik, malah lebih 6 juta individu yang berulang alik setiap hari bekerja di ibu negara.
Semalam, Fahmi bersama lapan ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut bertujuan menjadikan ibu negara ini sebagai bandar raya kelas dunia yang mempunyai perancangan teratur mengikut piawaian antarabangsa.
Penubuhan jawatankuasa itu antara lain menggubal dasar dan perancangan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang untuk pentadbiran lebih baik serta menetapkan visi baharu bagi rakyat di sini.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jan 31 2021
Fahmi bersama lapan ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut bertujuan menjadikan ibu negara ini sebagai bandar raya kelas dunia yang mempunyai perancangan teratur mengikut piawaian antarabangsa.- Foto BERNAMA
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.