KUALA LUMPUR:Biarpun rakyat Malaysia menghadapi kekangan dan perlu lebih berwaspada untuk kekal selamat daripada ancaman pandemik COVID-19, semangat Krismas yang merupakan masa untuk bergembira, bermaaf-maafan, menzahirkan kebaikan hati dengan kesudian untuk berkongsi, akan dapat dipertahankan.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin mengajak warga negara ini untuk menguatkan azam mereka dan bekerja sama mengatasi tahun mendatang yang mungkin terus mencabar dan kekal bersatu sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang hebat, kuat dan makmur.
"Ini merupakan tahun yang mencabar buat semua, yang menguji ketahanan mental dan fizikal ke tahap maksimum, mengakibatkan kesukaran dengan protokol kesihatan dikenakan dan tidak dapat dielakkan, satu tahun yang Krismas tidak lagi boleh disambut sepenuhnya dengan meriah.
Kita tidak perlu berputus asa kerana biarpun berhadapan kekangan dan kita perlu lebih waspada untuk kekal selamat sepanjang masa dan dalam semangat inilah kami mahu mengucapkan kepada semua penganut Kristian di Malaysia kesihatan yang baik, keamanan dan kegembiraan, kata beliau dalam hantaran di laman Facebooknya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dalam hantaran di laman Facebooknya mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian di Malaysia dan berharap normal baharu tidak memadamkan semangat kekeluargaan dan sambutannya masih dirasai sebagaimana tahun sebelumnya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard semasa menyambut perayaan ini untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam hantaran di laman Facebooknya menyeru rakyat menjadikan sambutan Hari Krimas kali ini sebagai asas untuk rakyat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum.
Susulan situasi pandemik COVID-19 ketika ini beliau turut menasihatkan kepada semua rakyat yang menyambut perayaan itu agar mematuhi SOP demi keselamatan dan kesejahteraan semua.
"Raikan kepelbagaian kaum dan agama menerusi semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Kepada mereka yang balik kampung sempena perayaan ini dan cuti hujung tahun, berhati-hati ketika memandu, patuhi peraturan ditetapkan.
"Semoga anda dan keluarga tercinta selamat sampai ke destinasi dituju. Selamat Hari Natal, Selamat Tahun Baru 2021," kata Fadillah.
Senada dengan itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menasihatkan mereka yang menyambut perayaan itu agar menitikberatkan pematuhan SOP untuk keselamatan bersama dalam hantaran di laman Facebooknya.
Hishammuddin turut mengucapkan terima kasih ke atas pengorbanan kakitangan Wisma Putra yang bertugas di luar negara.
"Kepada sahabat dan rakyat Malaysia yang beragama Kristian, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Natal. Semoga hari istimewa ini memperkukuh nilai dan makna perpaduan di negara kita serta menambah kebahagiaan bersama insan tersayang," kata Hishammuddin.
Dalam pada itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian, dalam hantaran di laman Facebooknya.
Dr Mahathir berkata walaupun sambutan perayaan itu tidak dapat diraikan seperti kelaziman berikutan COVID-19, rakyat perlu mengambil situasi ini satu cabaran hidup yang perlu dihadapi.
"Memang benar, sambutan kali ini di dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tahun yang lalu. Sekatan dan kekangan akibat dari COVID-19 tidak dapat dielak, situasi ini turut dialami oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa perayaan lain.
"Walaupun ia dapat membuat kita rasa tertekan dan juga sedih, perlu kita ingatkan, sudah hampir setahun kita berhadapan dengan pandemik ini. Harapan tinggi diletak kepada vaksin yang mungkin dapat mengembalikan kehidupan yang normal seperti yang biasa kita lalui," kata Dr Mahathir.
Sementara itu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) juga mengucapkan Selamat Hari Natal kerapa penganut Kristian di negara ini.
Ia berkata semoga kegembiraan musim ini mengisi hati semua penganut Kristian apabila mereka berkongsi sambutan ini dengan keluarga, gereja-gereja dan kawasan kejiranan mereka di seluruh negara.
"Pandemik ini sudah hampir setahun dan memberikan kesan emosi dan kewangan ke atas jutaan penduduk di negara ini dan seluruh dunia. Bagaimanapun, krisis ini telah menyatukan rakyat Malaysia dan mereka berkongsi kesusahan mereka bersama," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020
Dr Mahathir berkata walaupun sambutan Hari Natal tidak dapat diraikan seperti kelaziman berikutan COVID-19, rakyat perlu mengambil situasi ini satu cabaran hidup yang perlu dihadapi. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lebih 30,000 banjiri Padang Merdeka raikan sambutan Hari Malaysia 2024
Meskipun hujan lebat pada awal sambutan acara yang bermula 8.30 malam, orang ramai tetap setia berada di sekitar Padang Merdeka.
Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza
Sambutan berskala besar dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk memberikan sokongan padu buat Kontinjen Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya
Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras.
Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.
Sambutan Hari Kebangsaan di 'Mini Putrajaya Perlis' meriah bermandikan lampu warna-warni
Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu yang buat julung kali diadakan di Kompleks DUN Perlis.
Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
PRU15: MKT UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang lengang sejak petang tadi mula berubah apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mula tiba kira-kira jam 9 malam.