KUALA LUMPUR: Semangat untuk terus meneroka ilmu mendorong seorang pesara yang mempunyai 13 cucu merealisasikan impian dipendam selama 46 tahun untuk menggenggam gelaran Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Datuk Dr Md Damiri Md Sairi, 70, yang merupakan pesara Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak hari ini memperolah PhD selepas berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang Pengajian Tanah dan Hutan.
Beliau berkata, minat yang mendalam untuk terus meneroka ilmu dalam bidang berkaitan kerjayanya sebelum ini meskipun telah bersara pada 2011, menjadi pendorong untuk melanjutkan pelajaran biarpun pada usia emas.
Berkongsi rahsia kejayaan, katanya, ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.
"Belajar tidak akan pernah habis seperti lautan yang sangat besar kerana semakin banyak kita belajar rupanya banyak perkara yang kita tidak tahu.
"Jika di luar negara, ramai warga emas yang masih melanjutkan pelajaran tetapi di Malaysia kita rasa macam pelik apabila sudah pencen masih sambung belajar. Pembelajaran sebenarnya sepanjang hayat," katanya menerusi kenyataan yang dikongsi UPM hari ini.
Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, disiplin yang tinggi menjadi asas kejayaan beliau menamatkan pengajian, walaupun pernah hampir berputus asa akibat cabaran dan kesukaran yang dihadapi terutama semasa pandemik COVID-19.
"Ketika itu saya juga adalah pengerusi masjid di Rapat Setia Baru, Ipoh yang bertanggungjawab memastikan peraturan semasa pandemik dipatuhi selain (komitmen terhadap) anak-anak yang semua berada di Kuala Lumpur.
"Saya percaya disiplin yang tinggi telah membantu saya untuk teruskan pengajian selain sokongan isteri dan anak-anak tercinta. Hari ini saya berjaya dan sangat bersyukur atas rezeki dan peluang ini," katanya.
Lebih manis apabila beliau turut berkongsi detik bersejarah bergraduasi bersama anaknya, Dr. Mohamad Hazrol, 30, yang turut menggenggam PhD daripada universiti sama pada sesi semalam.
"Saya sangat bangga hari ini dapat bergraduasi bersama anak saya yang turut memperoleh PhD dan tidak sangka berlangsung pada sesi yang sama. Tahun depan jika tiada aral anak sulung saya pula akan meraih PhD," katanya.
Sementara itu, Mohamad Hazrol berkata, perjuangan bapanya meraih PhD menjadi inspirasi kepada beliau untuk turut berjaya.
"Jika ayah saya yang berusia 70 tahun boleh lakukan, maka saya juga boleh. Saya memang tunggu ayah viva dan dalam masa yang sama saya juga meletakkan sasaran untuk viva pada tahun ini juga," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Md Damiri Md Sairi (kanan) berkongsi kegembiraan dengan anaknya, Mohamad Hazrol yang turut sama menggenggam PhD daripada Universiti Putra Malaysia pada sesi semalam.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Semangat untuk terokai ilmu dorong pesara 13 cucu raih PhD di UPM
Ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.