awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semarak Semangat Malaysia Prihatin usaha pulih kehidupan rakyat - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2020
02:00 MYT
Semarak Semangat Malaysia Prihatin usaha pulih kehidupan rakyat - Muhyiddin
Muhyiddin berkata ia termasuk ingatan untuk mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. - RTM
Semangat Malaysia Prihatin perlu disemarakkan di segenap segi termasuk usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia termasuk ingatan untuk mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
"Setelah sekian lama kita menikmati kebebasan dan kemerdekaan ini, amalan mengibar Jalur Gemilang seharusnya sudah dibudayakan dalam kehidupan seharian kita.
"Kita semua dengan sendirinya dengan rela hati mengibarkan dengan megah Jalur Gemilang di sepanjang tahun, tanpa perlu menunggu adanya program sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.
"Apabila kesedaran ini sudah ada dalam diri setiap orang, maka ia bermakna kita telah berjaya menjiwai kemerdekaan negara ini. Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara.
"Ia bukan sekadar selembar kain yang mencorakkan perlambangan negara. Kita telah banyak kali menyaksikan Jalur Gemilang ini dikibar seluruh pelusuk dunia apabila rakyat negara ini mencapai sesuatu kejayaan," katanya semasa berucap pada Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020, di sini, pada Selasa.
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan "Malaysia Prihatin".
Tema itu amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi wabak COVID-19.
Manakala prihatin menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat.
Dalam pada itu tegas Muhyiddin, semangat Malaysia Prihatin itu dizahirkan bukan sahaja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan, malahan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan wira tidak didendang.
Jelasnya, mereka tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Ujarnya, ia petanda baik yang membuktikan rakyat boleh bersatu sama ada di waktu susah dan senang.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Hari Malaysia
#Jalur Gemilang
#koronavirus
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#NGO
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan