awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta
AKPS KLIA rampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM10,000
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembang Game musim ke-2: Mendalami e-Sukan Malaysia

eGG Network
eGG Network
28/11/2021
04:00 MYT
Sembang Game musim ke-2: Mendalami e-Sukan Malaysia
Jaasuzuran akan digandingkan bersama Melissa Thng menjadi pengacara sebanyak 10 episod. -eGGNetwork
SEMBANG Game kini kembali lagi untuk musim ke-2 bagi mengupas topik hangat mengenai industri e-Sukan dan trend permainan terkini.
Pastinya Sembang Musim pertama tidak dapat dilupakan kerana merungkai topik menarik untuk tontonan dan menambah pengetahuan peminat e-Sukan.
Yang pasti Sembang Game musim ke-2 lebih menarik dan memberi kelebihan kepada semua terutama peminat mengenai e-Sukan serta mengetahui lebih lanjut tentang trend dan fenomena baharu dalam e-Sukan.
Kali ini, Jaasuzuran akan digandingkan bersama Melissa Th’ng menjadi pengacara sebanyak 10 episod bersama pencipta kandungan yang terkenal seperti Masterramen, Maxhaze, Machasquad, Daddyhood, dan pemimpin industri, atlet professional esukan, pengacara, pereka permainan dan ramai lagi.
Jaasuzuran akan digandingkan bersama Melissa Th’ng menjadi pengacara sebanyak 10 episod. - eGGNetwork
Jaasuzuran akan digandingkan bersama Melissa Th’ng menjadi pengacara sebanyak 10 episod. - eGGNetwork
Antara topik yang dibincangkan pengacara dan para jemputan adalah mengenai kesihatan dalam permainan, buli siber, langkah bagaimana menjadi streamer termuda, langkah memberikan masa yang seimbang di antara keluarga dan penstriman, di sebalik tabir dalam arena e-Sukan, dan kesemuanya telah dibahagikan dalam bentuk format yang mampu menghiburkan anda dari semua peringkat.
Sembang Game 2 dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI) dengan setiap episod akan ditayangkan hanya di eGG Network.
Saksikan kesemua 10 episod Sembang Game 2 yang ditayangkan setiap Khamis bermula 25 November 2021 hanya di eGG Network (Astro CH800) dan 30 November 2021 di Astro Arena (CH801).
Program ini juga tersedia di dalam Astro Go dan Sooka.
Jadual Siaran di eGG Network (Setiap Rabu 9:00PM bermula 25/11/21) 25/11/2021 9.00PM Episod 1 Di Antara PC, Konsol & Telepon Pintar 02/12/2021 9.00PM Episod 2 Di Sebalik Pembangunan Permainan Video 09/12/2021 9.00PM Episod 3 PC Idaman 16/12/2021 9.00PM Episod 4 Pengulas E-Sukan 23/12/2021 9.00PM Episod 5 Streamer Berkeluarga & Streamer Muda 30/12/2021 9.00PM Episod 6 Di Sebalik Tabir Live Stream 06/01/2022 9.00PM Episod 7 Permainan Video & Kesihatan 13/01/2022 9.00PM Episod 8 Gejala Buli Siber 20/01/2022 9.00PM Episod 9 Pasukan E-Sukan 27/01/2022 9.00PM Episod 10 Liga E-Sukan
Astro Arena Jadual Siaran (Setiap Selasa 9:30mlm bermula dari 30/11/21) 30/11/2021 9.30PM Episod 1 Di Antara PC, Konsol & Telepon Pintar 07/12/2021 9.30PM Episod 2 Di Sebalik Pembangunan Permainan Video 14/12/2021 9.30PM Episod 3 PC Idaman 21/12/2021 9.30PM Episod 4 Pengulas E-Sukan 28/12/2021 9.30PM Episod 5 Streamer Berkeluarga & Streamer Muda 04/01/2022 9.30PM Episod 6 Di Sebalik Tabir Live Stream 11/01/2022 9.30PM Episod 7 Permainan Video & Kesihatan 18/01/2022 9.30PM Episod 8 Gejala Buli Siber 25/01/2022 9.30PM Episod 9 Pasukan E-Sukan 01/02/2022 9.30PM Episod 10 Liga E-Sukan
Topic Berkaitan
#Esukan
#Sembang Game
#eGGNetwork
#streamer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan