awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil
Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA

Bernama
Bernama
09/01/2026
14:00 MYT
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 49.5 kilogram benih tembikai bernilai RM141,143.15 menerusi pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas, di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.

Ringkasan AI
  • AKPS merampas 49.5 kilogram benih tembikai bernilai RM141,143.15 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang, disyaki konsainan tidak selaras dengan maklumat import yang diberikan.
  • Barang-barang tersebut dirampas untuk siasatan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
  • AKPS menegaskan komitmen dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk negara demi keselamatan biosekuriti serta pematuhan undang-undang yang berkuat kuasa.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan itu dijalankan pada 12 tengah hari dan mendapati satu konsainan mengandungi komoditi produk pertanian benih tembikai dengan butiran pengimportan adalah tidak selaras dengan maklumat dikemukakan.
"Konsainan itu dipercayai dari Taiwan yang diimport oleh sebuah syarikat tempatan. Pemeriksaan disyaki terdapat maklumat mengelirukan dalam Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)," menurut kenyataan itu.
Kesemua barangan itu dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Menurut kenyataan itu, AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#AKPS
#benih tembikai
#syarikat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan