Sembilan daripada 10 pekerja Malaysia tidak mahu kembali semula kepada situasi bekerja secara 'normal', demikian menurut dapatan kaji selidik oleh Skillsoft, penyedia global utama bagi penyelesaian pembelajaran digital, latihan dan tenaga kerja bagi membantu organisasi memanfaatkan kelebihan mereka.
Berdasarkan kepada kaji selidik ke atas 758 pekerja atau mereka yang mahu bekerja di seluruh Malaysia, laporan Skillsoft itu menyelidik harapan kakitangan bagi tempat kerja pasca COVID-19 dan mendapati 94 peratus mahu sekurang-kurangnya satu amalan COVID-19 diterapkan secara tetap dalam kehidupan harian mereka.
Ia merupakan angka tertinggi dari tiga negara di Asia Pasifik yang dikaji iaitu Malaysia, Singapura dan Australia.
Meskipun hanya enam peratus daripada pekerja Malaysia gembira kembali kepada keadaan biasa, angka ini malahan lebih rendah dalam kalangan mereka yang berusia lebih 55 tahun (3.0 peratus).
Kaji selidik itu mendapati tenaga kerja Malaysia nampaknya lebih prihatin tentang kesejahteraan mereka buat masa ini, dengan 31 peratus pekerja menyenaraikan kesihatan dan keselamatan sebagai perkara nombor satu yang mereka mahu ketua perniagaan memberikan keutamaan.
Ia juga menunjukkan hampir separuh daripada semua pekerja Malaysia menyenaraikan keseimbangan kerja/ kehidupan (54 peratus) dan jaminan pekerjaan (47 peratus) dalam tiga perkara utama yang perlu diberi keutamaan oleh ketua perniagaan dan hanya 14 peratus menyenaraikan inovasi antara tiga perkara utama mereka.
"Tempoh COVID-19 telah mencetuskan trend yang melangkaui di luar gaya tempat kerja fleksibel, ke arah jagaan diri yang sebenar-benarnya. Syarikat perlu menjadikan kesejahteraan dan kesihatan kakitangan sebagai fokus tetap, bukan hanya sesuatu yang perlu ditangani semasa krisis sahaja," kata Naib Presiden Skillsoft APAC, Rosie Cairnes.
Laporan itu menunjukkan dua perkara utama yang tenaga kerja Malaysia mahu majikan mereka menyokongnya adalah menyediakan lebih banyak pembelajaran dan pembangunan mengenai pelbagaian kaum (38 peratus) dan menyokong cuti bersalin bagi ibu dan juga bapa (34 peratus).
"Dasar yang rakyat Malaysia mahu organisasi mereka perkenalkan adalah menawarkan kerja fleksibel bagi ibu bapa kedua-dua jantina (33 peratus) dan memantau, melapor dan berusaha untuk merapatkan jurang jantina (31 peratus)," kata organisasi itu.
Kaji selidik itu dijalankan oleh YouGov dari 30 Julai hingga 3 Ogos, 2020 dalam kalangan 681 warga Australia, 758 warga Malaysia dan 886 warga Singapura berusia 18 tahun ke atas yang ketika ini bekerja atau sedang mencari kerja. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020
Pekerja di Malaysia lebih prihatin tentang kesejahteraan mereka buat masa ini dengan 31 peratus pekerja menyenaraikan kesihatan dan keselamatan sebagai perkara nombor satu yang perlu diberi keutamaan oleh majikan. - Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berpotensi besar menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesalinghubungan di rantau Asia Pasifik.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian
Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050
Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion.
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.