awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan individu ditahan terlibat penipuan pelaburan wang kripto dalam talian

Bernama
Bernama
11/10/2023
11:01 MYT
Sembilan individu ditahan terlibat penipuan pelaburan wang kripto dalam talian
Polis menahan sembilan individu dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan mata wang kripto dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium di Salak Selatan, semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan mata wang kripto dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium di Salak Selatan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semua suspek yang ditahan dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu terdiri daripada tujuh lelaki warga China, seorang wanita warga Taiwan dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun.
Beliau berkata siasatan awal mendapati unit kondominium itu digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan matawang kripto secara dalam talian dan mereka menyasarkan mangsa dari Taiwan dan Hong Kong.
"Setiap ahli sindiket menerima komisen RM4,000 hingga RM8,000 sebulan dan sindiket itu mula beroperasi sejak 2019. Polis turut merampas sembilan unit komputer riba, 11 telefon bimbit pelbagai jenama dan masing-masing dua unit modem dan router," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zam Halim berkata kesemua individu terbabit direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 120(B) / 420 /511 Kanun Keseksaan.
"Saya menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan sindiket seperti ini melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan pelaburan wang kripto
#penipuan dalam talian
#polis tahan
#Salak Selatan
#Polis Daerah Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan