awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan lelaki cetus kekecohan di Stadium Shah Alam direman sehingga Isnin

Bernama
Bernama
12/12/2014
12:05 MYT
Sembilan lelaki cetus kekecohan di Stadium Shah Alam direman sehingga Isnin
9 lelaki ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan insiden penyokong Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF. -Gambar fail
Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.
Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.
Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.
Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, semalam, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 malam tadi hingga awal pagi ini.
"Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.
"Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang ini. Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Dis dan Shah Alam pada 20 Dis.
Topic Berkaitan
#Farah Azura Mohd Saad
#penyokong
#Piala AFF Suzuki
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan