KUALA LUMPUR: Seramai sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam 'Op Lancar', kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah, pada Khamis lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lima penguat kuasa berkenaan termasuk dua pegawai wanita, yang berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 41 tahun, ditahan pada kira-kira 2.30 petang hingga 8.40 malam.
Menurut SPRM, empat lagi suspek yang dipercayai ejen pendatang tanpa izin dari negara jiran, terdiri daripada tiga wanita tempatan dan seorang lelaki, berusia antara 37 hingga 73 tahun, ditahan pada 3.30 petang hingga 6 petang hari berkenaan.
"Modus operandi sindiket itu, setiap pendatang tanpa izin atau Pemastautin Sementara yang tidak memiliki dokumen lengkap atau mempunyai sekatan, perlu membayar sekitar RM2,500 kepada ejen pendatang jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.
"Sindiket ini kemudiannya akan membekalkan MyKad tulen dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad, kepada kumpulan pendatang tanpa izin menggunakan khidmat mereka," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pendatang tanpa izin dari negara jiran, kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa berkenaan.
Selain itu siasatan SPRM turut mendapati, bagi setiap penerbangan ke KLIA2, ejen akan membawa masuk antara lima hingga 20 pendatang tanpa izin, dan sindiket ini dipercayai sudah beroperasi sejak 2018.
Hasil operasi itu, SPRM telah merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit, kad pengenalan Malaysia milik individu lain dan cop keluar Sabah yang lengkap dengan nombor siri.
Seramai 12 pendatang tanpa izin yang didapati memasuki negara menggunakan sindiket terbabit, turut ditahan oleh JPN dalam operasi itu.
Sementara itu, Jabatan Imigresen dalam kenyataan berasingan hari ini mengesahkan, lima pegawai Jabatan Imigresen Sabah ditahan SPRM pada Khamis lepas, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata jabatan itu, menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan pihaknya bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.
"Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti, sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.
"Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil, termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah. Imigresen sentiasa serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai imigresen, berada di tahap maksimum," katanya.
Pada masa yang sama, Jabatan Imigresen juga bersedia bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM, dalam usaha memerangi penyeludupan pendatang tanpa izin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
Lima penguat kuasa berkenaan termasuk dua pegawai wanita, yang berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 41 tahun, ditahan pada kira-kira 2.30 petang hingga 8.40 malam. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Selamat 21: Polis laksana Op Lancar di lima daerah di Selangor
Polis akan melaksanakan Op Lancar di beberapa lokasi di lima daerah di Selangor dalam Op Selamat 21 bermula Khamis ini hingga 13 Feb depan sempena Tahun Baharu Cina.
Jangkaan kesesakan trafik: Polis mulakan Op Lancar hingga Isnin
PDRM menjangka pertambahan kenderaan yang ketara di atas jalan raya berlaku dalam tempoh berkenaan, susulan cuti persekolahan yang bakal berakhir dan cuti Hari Pekerja.
Polis tempat lebih 500 anggota kawal aliran trafik Gua Musang
Jumlah itu termasuk 254 anggota trafik yang akan mengawal lalu lintas sepanjang lapan hari operasi dijalankan.
Aidilfitri: PDRM akan laksana Op Lancar, Op Selamat
Fokus Op Lancar tersebut adalah di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.
Sembilan termasuk lima pegawai penguat kuasa ditahan seludup migran
Sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam 'Op Lancar'.
261 pegawai, anggota bertugas bantu kelancaran trafik di Johor
Ops Lancar akan dilaksanakan di semua jenis jalan di negeri ini melibatkan 261 pegawai dan anggota.
Op Lancar: PDRM nasihat pengguna patuhi undang-undang jalan raya
PDRM mendapati kesesakan kerap berlaku di plaza tol dan kawasan mendaki.
Aidiladha: Plaza tol, kawasan mendaki lokasi kerap sesak di lebuh raya
Plaza tol dan kawasan mendaki merupakan lokasi yang kerap berlaku kesesakan di lebuh raya sepanjang cuti sempena sambutan Aidiladha kali ini.