Suspek lelaki kes penculikan kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan, 3 tahun masih lagi gagal dijejaki polis selepas seminggu kanak-kanak perempuan tersebut diserahkan kepada pihak polis oleh ibu suspek.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, suspek sebelum ini berjanji untuk tampil memberi keterangan kepada polis dan membersihkan namanya selepas sambutan hari raya, namun masih gagal berbuat demikian.
Menurut pihak polis lagi, gerakan mengesan suspek lelaki terbabit telah dilancarkan dan suspek dipercayai kini berada di Terengganu atas urusan perniagaan.
Berita kehilangan kanak-kanak berumur tiga tahun itu tersebar selepas ibunya, Arbaiyah Md Zin, memuatnaik gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek.
Wan Aisyah dikatakan dilarikan di pasaraya Jaya Jusco di Rawang.
Arbaiyah, yang telah bercerai dengan suaminya, kemudiannya membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu mengenai kehilangan Wan Aisyah.
Susulan berita kehilangan Wan Aisyah yang tersebar luas menerusi media sosial, seorang wanita berusia 66 tahun yang dikatakan ibu kepada suspek bertindak menyerahkan kanak-kanak perempuan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang.
Azyyati Ahmad
Mon Aug 12 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seminggu berlalu, suspek kes culik Wan Aisyah masih gagal dijejaki
Selepas seminggu Wan Aisyah Wan Exzan diserahkan kepada polis, suspek lelaki yang dipercayai menculik kanak-kanak itu masih gagal dijejaki.
Suspek 'culik' Wan Aisyah hubungi polis
Suspek yang diburu polis berkaitan kes kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan telah menghubungi polis semalam.