'Semoga kamu kuat... Orang tunggu kamu' - Tunang Muhammad Adib

Firdaus Alauddin
Disember 1, 2018 03:51 MYT
Najihah mengharapkan Muhammad Adib segera sembuh dari kecederaannya. - Facebook @Nurul Najihah
"Semoga kamu kuat... Orang tunggu kamu."
Itu luahan tunang kepada anggota bomba yang cedera parah dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Nurul Najihah Mohd Radzi mencoretkan kata-kata itu sebagai status di laman sosial Facebooknya.
Dia memuat naik status: 'December. Menghitung hari utk kita kamu. Hari yg kita dua tunggu. Semoga kamu kuat . Org tunggu kamu' .
Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Adib dan mengharapkan Najihah terus tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.
Sebelum ini, Nurul Najihah juga menerusi Facebooknya mencatatkan kata-kata semangat buat Muhammad Adib.
"Kamu kuat. Kamu cuba lawan sakit kamu. Orang akan ada dengan kamu macam mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib," katanya dalam status pada 30 November.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata proses penjagaan dan rawatan Adib perlu dilakukan dengan rapi bagi mengelakkan jangkitan kuman sepanjang proses pemulihan termasuk mengurangkan jumlah pelawat.
Katanya, proses rawatan intensif masih perlu dilalui Muhammad Adib walaupun beliau telah menunjukkan tindak balas positif terhadap rawatan yang diberi.
BACA: Adib masih lemah, perlu elak jangkitan kuman - TPM
#bomba #cedera parah #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Facebook #IJN #Muhammad Adib #Nurul NajihahMohd Radzi #Sembuh