Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi Isnin.
Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama di sini untuk urusan menukar agama pada pukul 2 petang, namun menemui ajalnya lebih awal.
Bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang telah memeluk Islam selama lapan tahun dan menetap di Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam dekat sini berkata, sebelum kejadian dia dan dua anak lelakinya termasuk Allahyarham pergi menoreh getah di sebuah kebun milik majikannya.
"Bagaimanapun, setelah selesai menoreh di kebun pertama, dia tidak mahu mengikut kami ke kebun kedua kerana mahu balik ke rumah. Malangnya dia tidak membawa kunci rumah dan berpatah balik ke kebun.
"Sewaktu dalam perjalanan dia terbabas lalu terlanggar pokok...orang kampung yang pertama tiba di lokasi mengajarnya mengucap kerana memang sudah maklum akan niatnya memeluk Islam, sebelum dia meninggal dunia," katanya kepada Bernama.
Abdul Aziz memberitahu Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik baru empat bulan berada di Kedah kerana sebelum ini tinggal bersama neneknya di Kota Marudu.
"Memang dia sudah lama berniat mahu memeluk Islam dan turut belajar perkara asas dalam Islam seperti sembahyang dan mengucap dua kalimah syahadah.
"Dia ada berkata pada saya mahu bekerja kilang selepas ini dan kumpul duit untuk membeli motosikal," katanya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan suka menyakat adik-adiknya.
Walaupun sedih, Abdul Aziz berkata beliau amat bersyukur kerana Allahyarham meninggal dalam keadaan sudah memeluk Islam malah jenazahnya turut diuruskan mengikut cara Islam. --Bernama
Bernama
Mon Mar 27 2017
Azyet Jopilin, 17, yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama untuk urusan menukar agama. - Gambar hiasan
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sempat peluk Islam sebelum meninggal dunia
Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi tadi.