awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua acara sambutan Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong ditangguhkan

Farhana Joni
Farhana Joni
22/05/2020
07:40 MYT
Semua acara sambutan Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong ditangguhkan
Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun ini ditangguhkan. - Gambar Facebook@Istana Negara Kuala Lumpur.
Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Menurut beliau, langkah yang sama diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Kesemua acara tersebut yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana Malaysia masih lagi menghadapi dan memerangi ancaman penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.
Kenyataan media penangguhan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan media penangguhan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Tambah beliau, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini iaitu pada 8 Jun 2020 telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.
"Perkara itu seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali pada 4 Mac lalu," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja
#Datuk Seri Zuki Ali
#ketua setiausaha negara
#PKPB
#Ulang Tahun Keputeraan Rasmi
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan