awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua agensi KDN harus tandatangan ikrar bebas rasuah - TPM Zahid

Bernama
Bernama
25/07/2017
09:55 MYT
Semua agensi KDN harus tandatangan ikrar bebas rasuah - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata pelaksanaan IBR juga membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terutama dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.- Gambar dari fail
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menghindari diri daripada rasuah dan salah guna kuasa ketika melaksanakan tugas.
Timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri berkata pelaksanaan ikrar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memperlihatkan komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab serta amanah kepada rakyat.
Ahmad Zahid berkata pelaksanaan IBR juga membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terutama dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.
"Apatah lagi, KDN merupakan kementerian yang terlalu sensitif apabila perkhidmatan kita secara langsung kepada rakyat. Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di barisan hadapan menentukan soal keselamatan, tentunya terdedah kepada amalan memberi atau menerima rasuah.
"Bagi mempercepatkan proses, mengelakkan hukuman atau denda tinggi, atau mahu sesuatu diluluskan, maka rasuah dilakukan di sektor awam atau swasta. Kalau mahu negara jadi benar-benar maju maka amalan tolak dan banteras rasuah mesti dijadikan budaya dalam kalangan penjawat awam," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#IBR
#KDN
#PDRM
#penjawat awam
#Rasuah
#SPRM
#Timbalan Perdana Menteri
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan