awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2024
23:15 MYT
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa atas kerjasama dan komitmen penuh mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sehingga mereka meninggalkan zon konflik.
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan bahawa kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Kesemua mereka telah berlepas pulang, masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei 2024, manakala dua ahli terakhir berlepas pada 31 Mei 2024.
Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa atas kerjasama dan komitmen penuh mereka dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sehingga mereka meninggalkan zon konflik.
Kementerian Luar juga pada masa sama menggesa semua rakyat Malaysia agar mengelak daripada pergi ke mana-mana zon konflik.
Terdahulu, kementerian bekerjasama rapat dengan pihak-pihak di Qatar dalam usaha membawa pulang kesemua enam anggota perubatan Malaysia dari MERCY yang terkandas di Rafah sejak 1 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Gaza
#mercy malaysia
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan