awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua hutan lipur di Perak ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/05/2022
09:48 MYT
Semua hutan lipur di Perak ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta
Saarani berkata, prosedur operasi standard (SOP) aktiviti pendakian juga akan dikaji semula, termasuk menguatkuasakan penggunaan malim gunung. - Gambar fail
IPOH: Semua 14 kawasan hutan lipur di bawah selenggaraan Jabatan Perhutanan Perak ditutup untuk sementara berkuat kuasa serta merta, ekoran cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keadaan cuaca sedemikian telah menyebabkan berlaku kejadian tidak diingini, seperti tragedi kepala air di Gunung Suku, Simpang Pulai, yang menghanyutkan dua pendaki wanita, Ahad lepas.
"Kepada sesiapa sahaja yang nak menggunakan kawasan perkelahan dalam kawasan Jabatan Hutan ini, dia kena ingat bahawa tidak ada siapa boleh sangka akan wujudnya fenomena kepala air.
"Jadi kita bincang dengan Datuk Md Zin, Pengarah Perhutanan tadi, dan kita nasihatkan supaya kawasan-kawasan ini kita tutup buat sementara waktu daripada orang ramai," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Jabatan Perhutanan Perak di Taman Eko Rimba, Kledang Saiong, Meru di sini, pada Rabu.
Pendaki Hilang | Lagi cebisan tubuh manusia ditemui
Menurutnya, selain penutupan sementara hutan lipur, prosedur operasi standard (SOP) aktiviti pendakian juga akan dikaji semula, termasuk menguatkuasakan penggunaan malim gunung.
Beliau turut mengesahkan, dalam kejadian terbaharu, seorang pendaki warga emas meninggal dunia pada Selasa malam, ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Yong Belar, yang terletak di sempadan negeri Perak-Kelantan.
Katanya, terdahulu pendaki berusia 66 tahun dari Selangor itu dipercayai terlalu letih ketika mendaki bersama 13 pendaki yang lain.
Difahamkan Jabatan Perhutanan Perak telah berbincang dengan pihak bomba untuk membawa turun mayat warga emas itu menggunakan helikopter kerana perjalanan ke lokasi dengan berjalan kaki mengambil masa antara lapan hingga 10 jam.
Pada Ahad lalu, dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air ketika menjalankan aktiviti pendakian bersama 27 yang lain di Gunung Suku di Simpang Pulai.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing dari Klang dan Cheras.
Topic Berkaitan
#hutan lipur
#Perak
#penutupan hutan lipur
#aktiviti pendakian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan