awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua jemaah haji Malaysia tiba di Arafah malam tadi

Bernama
Bernama
14/10/2013
07:09 MYT
Semua jemaah haji Malaysia tiba di Arafah malam tadi
Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia telah berada di padang Arafah sejak malam tadi sementara menunggu waktu wukuf selepas solat Asar nanti.
Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ketibaan jemaah haji Malaysia awal sehari itu adalah satu rekod baharu bagi TH kerana sebelum ini jemaah haji tiba lewat sehingga jam 3 petang pada 9 Zulhijjah.
Katanya, sebanyak 425 buah bas digunakan untuk membawa jemaah haji Malaysia dari Makkah ke Arafah dengan bas terakhir tiba pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).
"Pergerakan jemaah berjalan lancar dan jalan raya tidak begitu sesak mungkin disebabkan oleh pengurangan kuota 20 peratus dan usaha Kerajaan Arab Saudi yang mengawal ketat kemasukan jemaah haji yang tidak mempunyai visa haji yang sah pada musim haji tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Kesemua jemaah haji berada dalam keadaan sihat dan keadaan suhu di Arafah pada awal pagi semalam ialah sekitar 45 darjah Celsius dan menurun kepada 35 darjah Celsius pada waktu malam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dijadual memberi khutbah solat Zohor pada tengah hari nanti dan jemaah haji akan mula bersendirian untuk berdoa atau bermunajat kepada Allah S.W.T. selepas solat Asar.
Pada tengah malam nanti kesemua jemaah haji akan mula bertolak ke Muzdalifah untuk bermalam atau sekurang-kurangnya singgah bagi mengutip batu sebelum ke Mina untuk melontar.
Topic Berkaitan
#Arafah
#jemaah haji Malaysia
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
#Tabung Haji
#Wukuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan