Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melaksanakan sistem autonomi di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memastikan urus tadbir yang lebih berkesan.
Beliau berkata sistem autonomi itu akan membolehkan pemindahan kuasa kepada rektor semua kampus terbabit..
"Bila sudah sampai 200,000 lebih (pelajar), perlu ada struktur urus tadbir yang boleh menentukan bahawa pentadbiran UiTM boleh ditadbir dengan berkesan bagi berkemampuan untuk mengendalikan institusi yang besar.
“Dengan cara sebegini maka setiap kampus akan mempunyai kuasa autonomi tetapi struktur UiTM keseluruhannya akan kekal inilah langkah ke hadapan untuk UiTM yang saya nak maklumkan," katanya.
Kampus UiTM kini sudah diwujudkan secara menyeluruh di setiap negeri dan konsep autonomi dilihat adalah paling sesuai bagi mengekalkan prestasi institusi pendidikan Bumiputera itu.
Najib berkata demikian di majlis pelancaran Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia di ibu negara pada Sabtu.
Sehingga kini sebanyak 11.1 juta ringgit dana TP1B dikutip daripada bekas penuntut dan pelajarnya termasuk pelbagai daripada sektor awam dan korporat.
Dana berkenaan itu turut digunakan bagi membantu 15 pelajar Tingkatan Tiga yang terpilih untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat universiti pada masa akan datang.
Dengan penubuhan TP1B itu juga, UiTM kini dilihat menjadi pelopor kepada budaya memberi balik di negara ini.
TP1B diilhamkan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada 2014, bagi mengutip RM1 bilion daripada para alumni UiTM bertujuan untuk antaranya memberi biasiswa, bantuan kebajikan, penambahbaikan fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan.
Lembaga pemegang amanah TP1B kemudiannya ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan dianggotai kalangan alumni UiTM yang berjaya dalam bidang masing-masing antaranya Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcomaxiata Bhd Datuk Seri Shazally Ramly.
Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Idris, Lodin dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Ir Sahol Hamid Abu Bakar.
Anthea Yap
Sat Apr 11 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melaksanakan sistem autonomi di semua kampus UiTM. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
Kerajaan negeri perlu diberi autonomi corak ekonomi - Yusof Saari
Yusof mengakui perubahan sedemikian memerlukan tekad politik yang kuat memandangkan Malaysia masih terperangkap dalam paradoks politik.
Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.
NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.
Krisis Myanmar: Rampasan kuasa sebabkan perang kembali selepas 25 tahun
Ini membuatkan generasi baru penduduk kampung di Myanmar dan Thailand melarikan diri untuk berlindung daripada peluru dan bom.
Sabah Memilih: Belum ada rundingan penggunaan satu logo - Hajiji
Masih belum ada sebarang kata putus sama ada penggunaan logo atau bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong
Langkah diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.
PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar
Kes mahkamah yang dikaitkan berhubung pelaburan Felcra tidak melenturkan semangat Bung Moktar membantu jentera Barisan Nasional.
PAU2019: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi, tentu hala tuju sendiri
Peralihan tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi.
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.