KUALA LUMPUR:Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga keluarga terutamanya ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.
Bersempena dengan Bulan Keluarga Kebangsaan 2020, Tunku Azizah bertitah, baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua anak-anak dan ahli keluarga agar bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19.
"Kebimbangan terhadap penularan COVID-19 pasti bermain-main di minda setiap dari kita termasuk saya juga. Sebagai ibu dan isteri, keutamaan saya pastinya kepada keluarga saya, namun sebagai permaisuri negara sudah tentu semua keluarga di Malaysia turut menjadi keutamaan dan perhatian saya.
"Bersempena dengan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 bertemakan 'Kita Jaga Keluarga', saya dan Tuanku Agong ingin ambil kesempatan berpesan kepada semua anak-anak serta ahli keluarga besar Malaysia supaya bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19," titah baginda dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
Raja Permaisuri mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mengambil iktibar kesusahan yang dialami rakyat semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.
Baginda turut menyeru semua pihak supaya mengingati pengorbanan barisan hadapan dan para petugas kesihatan serta keselamatan yang bertungkus lumus memutuskan rantaian COVID-19.
"Mereka juga mempunyai keluarga seperti kita, andai kita bersatu hati insyaAllah seluruh keluarga boleh berkumpul semula seperti sedia kala. Ambillah iktibar daripada kesusahan dialami rakyat negara kita semasa menjalani PKP pada Mac yang lalu. Adakah kita sanggup menghadapinya lagi.
"Justeru itu, nasihat saya sebagai ibu kepada seluruh keluarga Malaysia kita jaga keluarga kita, jika bukan kita siapa lagi. Bersama-samalah kita raikan keluarga sempena Bulan Keluarga Kebangsaan ini, #kitajagakeluarga," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Raja Permaisuri ingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mengambil iktibar kesusahan yang dialami rakyat semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lepas. - Gambar fail BERNAMA

COVID-19 | Program imunisasi fasa kedua bermula di Sabah
Seramai 268 ribu warga emas disasar terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa 2 di Sabah. Fasa berkenaan akan melibatkan golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka mempunyai penyakit kronik.

COVID-19 | Sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu
Semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak ditutup selama 14 hari bermula esok. Perkara itu diumumkan Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang media khas Penguatkuasaan SOP COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Microsoft | Pusat data serantau dijangka wujudkan 19,000 pekerjaan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah inisiatif Bersama Malaysia, pelaburan sebanyak RM4 bilion akan meliputi penubuhan pusat data serantau pertama di negara ini bagi menguruskan data daripada pelbagai negara.

Tuduh Bunuh Isteri | Tukang masak dihadapkan ke mahkamah
Lelaki yang didakwa menolak isterinya dari sebuah kondominium, di Ayer Itam, George Town minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan membunuh.

AWANI Ringkas: 372,859 kes komulatif dilaporkan pada 17 April | Semua sekolah zon merah di Sarawak ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Johor harap lawatan PM ke Singapura pada Mei bawa 'berita positif'
Perdana Menteri dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Singapura awal bulan depan.

COVID-19: 2,078 kes baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153).

Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada PRU15.

Kerjasama Muda-Warisan tidak boleh ketepikan Sarawak - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Romzi berkata, kerjasama itu tidak seharusnya mengenepikan Sarawak.

Benarkah ini rumah Putin di Sochi Rusia?
Gambar-gambar ini menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh arkitek di Rusia.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Olimpian Sabiamad
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Olimpian negara itu.

Ambil berat keperluan OKU, titah Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar semua pihak terus mengambil berat keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

Zii Jia, pasukan badminton negara dirai dalam Majlis Jamuan Teh Diraja
Majlis yang berlangsung selama satu jam itu dianjurkan atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk meraikan pasukan dan pemain yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

Hari Wanita: Sayang diri sendiri, jadi insan hebat dan bahagia - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan wanita supaya menyayangi dan menghargai diri sendiri.

Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh.

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina
Seri Paduka bertitah semoga Tahun Baharu Cina kali ini memberikan rahmat kepada mereka yang meraikannya.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Agong dan Raja Permaisuri mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu.