awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua nelayan Indonesia di Sabah akan dibawa pulang

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2018
09:54 MYT
Semua nelayan Indonesia di Sabah akan dibawa pulang
Krishna (kanan) bercakap di sidang media di Sandakan, hari ini. - Astro AWANI
Indonesia memberi jaminan akan membawa pulang semua nelayan negara itu yang berada di Sabah.
Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Indonesia Kota Kinabalu, Krishna Djelani berkata, langkah berkenaan akan diambil secepat mungkin.
"Kami akan membawa balik nelayan Indonesia yang ada di Sabah untuk bekerja di negara kami sahaja.
"Kerana kami dapati keselamatan mereka di sini belum terjamin untuk bekerja sebagai nelayan," katanya dalam sidang media di Sandakan, hari ini.
BACA: Keluarga mangsa culik rayu bantuan kerajaan
BACA: Tiga nelayan sah diculik penjenayah rentas sempadan
Menurut beliau, setakat ini terdapat kira-kira 10 orang nelayan di Sandakan yang sudah meminta untuk dibawa pulang.
Dalam masa sama, Krishna berkata, pihaknya juga masih mengumpul maklumat lanjut berhubung semua nelayan di Sabah.
Mengulas lanjut berhubung kes culik yang terbaru, Krishna berkata, Indonesia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pemilik kapal untuk berurusan dengan pihak penculik.
Sementara itu, Konsul Jeneral Indonesia Tawau, Sulistijo Djati Ismojo pula berkata, sekiranya pemilik kapal nelayan masih mahu menggunakan khidmat nelayan mereka, beberapa syarat harus dipatuhi.
"Mereka perlulah menjamin keselamatan mereka dengan melengkap dan memasang alat komunikasi kapal nelayan yang baik," ujarnya.
Menurut Sulistijo, sehingga kini, lebih 1,700 nelayan Indonesia berada di Sabah berdasarkan data awal.
Pada 5 Dis lalu, tiga kru nelayan diculik penjenayah ketika memukat ikan di perairan Pegasus Reef dan dua daripada mangsa merupakan warganegara Indonesia.
Mangsa-mangsa berkenaan ialah Hariadin, 45 tahun, dan Heri Ardiansyah, 19 tahun.
Topic Berkaitan
#culik
#Krishna Djelani
#nelayan Indonesia
#Sulistijo Djati Ismojo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan