Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam menangani jenayah kewangan di negara ini.
Langkah itu perlu dalam usaha memastikan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju tercapai.
"Negara kita pernah bersama-sama berikrar untuk membangunkan ekonomi Asia. Rasuah dan ketamakan yang berleluasa telah menyesatkan haluan negara kita.
"Ini tidak boleh lagi berlaku. Reputasi negara perlu diperbaiki semula. Kita berusaha meningkatkan reputasi dan kredibiliti di mata dunia," katanya semasa berucap semasa menyampaikan amanat khas di Persidangan Antarabangsa ke-11 Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 di ibu negara.
Pada majlis itu, Tun Dr Mahathir turut melancarkan inisiatif Kerjasama Awam-Swasta (PPP) iaitu hasil kolaboratif dan usaha antara Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, agensi penguatkuasa undang-undang dan institusi kewangan bagi memerangi jenayah kewangan secara lebih berkesan.
Tun Dr Mahathir berkata, institusi swasta dan rakyat mempunyai berperanan dalam memastikan sistem kewangan negara yang berintegriti.
Menurutnya, tanpa ketelusan dan akauntabiliti, usaha kerajaan untuk mencapai misi Wawasan Kemakmuran Bersama tidak akan tercapai.
"The Edelman Trust Barometer menunjukkan peningkatan tahap keyakinan orang awam dalam kerajaan iaitu daripada 46 peratus pada 2018 kepada 60 peratus pada 2019.
"Kedudukan Malaysia juga naik tiga tangga iaitu daripada tangga ketujuh pada 2016 kepada tangga keempat pada 2018 daripada 12 Negara Asia Pasifik," tambahnya.
Bagaimanapun katanya, di sebalik angka berkenaan, rakyat menentukan apa yang akan berlaku kepada Malaysia.
"Malaysia Baharu tidak akan berlaku jika tidak meninggalkan mentaliti lama yang melaksanakan amalan rasuah," ujar Perdana Menteri.
Rahimah Abdullah
Tue Nov 05 2019

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam menangani jenayah kewangan di negara ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

AWANI Ringkas: Kalwant Singh gagal rayuan, akan jalani hukuman mati Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: OPR: Naik lagi 25 mata asas, kini 2.25 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976806/thumbnails/13069823071657115619066_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Kadar Dasar Semalaman naik 25 mata. - Amaran, minyak masak peket satu kilogram hanya untuk isi rumah. - Tragedi kepala air Baling: Sanusi nafi sembunyi fakta projek Musang King.

Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.

Warga Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung subuh esok
Rakyat Malaysia, Kalwant Singh yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah pada 24 Oktober 2013 akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok, 7 Julai pada waktu subuh.

Pendidikan | Pembangunan sekolah di Sigi
Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan peranan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mampan.
![[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama [KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645870209_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat.

Misi Kemanusiaan | Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad (Maxis) hari ini menerima penghargaan daripada Yayasan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atas usaha murni membantu membangunkan semula sekolah serta komuniti akibat gempa bumi dan tsunami Sulawesi pada 2018.

Maybank akan tingkatkan Kadar Asas dan BLR mulai 8 Julai
Maybank bakal meningkatkan kadar asas dan kadar pinjaman asas sebanyak 25 mata peratusan bermula Jumaat ini selaras dengan keputusan BNM meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Kadar dasar semalaman dijangka naik 25 mata asas lagi minggu ini
Ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

Tahap permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh untuk sokong pemulihan ekonomi - Bank Negara
Sistem perbankan Malaysia mengekalkan tahap permodalan yang kukuh untuk menyokong pemulihan ekonomi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109.2 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 15 Jun, 2022.

BNM dijangka naikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas menjelang akhir 2022 - Kenanga
Ia berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

BNM tingkat kerjasama dengan bank dan agensi penguatkuasaan banteras penipu kewangan
Risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai.

Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara - Timbalan Gabenor BNM
Keadaan Malaysia berbeza daripada negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi.

Rosmah tarik balik tuntut rantai tangan berlian AS$220,500
Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik tuntutannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500.