awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat rangkaian pusat urut terkemuka disyaki terbabit rasuah, elak cukai

Bernama
Bernama
28/01/2026
15:00 MYT
SPRM siasat rangkaian pusat urut terkemuka disyaki terbabit rasuah, elak cukai
Siasatan awal mendapati syarikat itu disyaki mengamalkan sistem perakaunan dua lapis apabila sebahagian besar jualan tunai tidak dilaporkan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah rangkaian pusat urut terkemuka yang dipercayai terbabit dalam kes rasuah melibatkan penguat kuasa.
Menurut SPRM menerusi hantaran di TikTok, Bahagian Operasi Khas SPRM melaksanakan siasatan menerusi operasi bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semalam, terhadap rangkaian pusat urut yang mempunyai 32 cawangan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak 2023.
Siasatan awal mendapati syarikat terbabit disyaki mengamalkan sistem perakaunan dua lapis apabila sebahagian besar jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai sekitar RM7.56 juta setahun.
"Selain itu, siasatan turut mendapati berlaku pembayaran rasuah kepada pegawai penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melancarkan operasi syarikat serta sebagai wang perlindungan.
"Beberapa individu telah dikenal pasti dan tindakan susulan sedang diambil," menurut hantaran itu.
Sebagai sebahagian daripada tindakan siasatan, SPRM membekukan 121 akaun bank melibatkan akaun persendirian dan akaun syarikat berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM11.5 juta.
Setakat ini, 12 rakaman percakapan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan lanjut.
Siasatan turut melibatkan pembekuan aset di Lembah Klang dan Johor yang disyaki diperoleh hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta.
Turut dibekukan ialah lima premis komersial bernilai sekitar RM7.3 juta, dua hartanah perindustrian bernilai lebih kurang RM2.3 juta serta tujuh unit kediaman dengan nilai anggaran RM7.7 juta.
Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi terhadap lima individu terdiri daripada pengarah syarikat dan pengurusan kanan beberapa entiti perniagaan berusia lingkungan 30 hingga 50-an.
Empat suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini, manakala seorang lagi selama tiga hari sehingga Jumaat ini dan semuanya ditahan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan operasi berkenaan sedang dijalankan.
Beliau berkata siasatan memberi fokus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, selain turut meneliti elemen kesalahan jenayah lain termasuk aktiviti pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#pusat urut
#elak cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan