awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua penjaja tidak boleh berniaga di kawasan perumahan sepanjang PKP - Annuar

Bernama
Bernama
25/04/2020
10:50 MYT
Semua penjaja tidak boleh berniaga di kawasan perumahan sepanjang PKP - Annuar
Annuar berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memulangkan deposit sebanyak RM120 kepada setiap penjaja yang berdaftar. - Gambar BERNAMA
Semua peniaga dan penjaja tidak dibenarkan berniaga di kawasan-kawasan perumahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Pihaknya mendapat aduan menerusi Talian Pertanyaan Menteri Wilayah Persekutuan (Pertiwi) bahawa ada dalam kalangan penjaja yang mengambil kesempatan membuka gerai makanan untuk juadah berbuka puasa di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sepanjang PKP.
"Setakat ini yang dibenarkan adalah di kedai-kedai makan dan restoran dalam bangunan-bangunan kekal dengan syarat tidak dihidangkan di premis dan hanya untuk take away (bungkus) sahaja.
"Di Wilayah Persekutuan, seperti mana yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara, peniaga-peniaga dan penjaja secara terbuka tidak dibenarkan beroperasi," katanya ketika siaran langsung Facebook di sini, pada Sabtu.
Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan yang dipetik daripada talian Pertiwi mengenai status gerai yang beroperasi di sekitar kawasan perumahan ketika bulan Ramadan.
Bagi peniaga-peniaga yang berada di kawasan hijau dan mahu berniaga ketika bulan Ramadan, mereka boleh berunding dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan mereka namun tertakluk kepada syarat.
Sementara itu, Annuar berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulangkan deposit sebanyak RM120 kepada setiap penjaja yang berdaftar untuk bazar Ramadan.
"Sementara kutipan persatuan-persatuan itu adalah di luar pengetahuan kita, saya berharap agar persatuan dapat menyelesaikan isu kutipan bayaran ini dengan ahli-ahlinya tanpa DBKL mencampuri hal mereka," katanya.
Rabu lepas, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menggesa DBKL supaya bertindak tegas dengan menyenaraihitamkan nama penganjur bazar Ramadan atau persatuan penjaja yang telah mengutip wang deposit daripada peniaga, namun enggan memulangkannya semula selepas bazar berkenaan dibatalkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#DBKL
#keselamatan
#peniaga
#penjaja
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan