KOTA KINABALU: Semua pihak terutama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan pengguna akhir perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang yang dihadapi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada masa kini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua pihak perlu tahu apa yang sepatutnya diberi keutamaan terlebih dahulu dalam soal pertahanan negara selain menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga.
"Kita tak boleh cakap pasal aset hari ni tetapi pada masa yang sama kita mahu membina rumah untuk anggota kita.
"Kita ada aset yang banyak tetapi tiada duit untuk penyelenggaran juga merupakan satu isu. Sehubungan itu, kita mesti berada dalam satu landasan sama dalam memastikan apa keutamaan kita mahu berikan.
"Jadi, apa pendekatan yang dilakukan untuk menyelesaikan isu ini mesti secara menyeluruh dan mengambil kira kestabilan negara, kalau negara stabil senang kita buat perancangan," katanya dalam sidang media pada lawatannya ke Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu.
Semalam, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata aset TLDM sudah berusia serta kurang daya tempur, dan tanpa peruntukan mencukupi ia menjejaskan keupayaan untuk mengekalkan tahap kesiagaan keselamatan yang tinggi dan bertindak terhadap sebarang ancaman.
Hishammuddin berkata bagi mengatasi isu aset usang TLDM, kerajaan juga pada masa ini sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) lengkap dengan persenjataan yang sesuai.
"Selain sokongan daripada kerajaan Perancis, pihak lain yang terlibat juga telah tunjukkan komitmen dalam usaha untuk kita selesaikan isu kapal LCS (kapal tempur pesisir). Jadi perancangan kita untuk selesaikan isu LCS ini berjalan, tetapi hendak tunggu LCS siap ambil masa jadi saya usahakan kumpulan kedua LMS," katanya.
LMS keempat dan terakhir kumpulan pertama iaitu KD Rencong selamat ditauliahkan pada 28 Jan lepas dan ditempatkan dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM bersama tiga lagi iaitu KD Keris, KD Sundang dan KD Badik berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Oct 22 2022
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan sidang media pada majlis Ramah Mesra dengan Warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi Kota Kinabalu hari ini.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.
Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia kini Panglima Tentera Laut ke-19
Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.