awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pertelingkahan makin tegang, Trump ancam tarik subsidi Tesla, SpaceX
SUKAN
Azzmi Aziz dilantik Ketua Jurulatih baharu KDA FC
MALAYSIA
Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia dalam parit kebun sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Semua siasatan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu dihentikan - Syahredzan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2025
09:11 MYT
Semua siasatan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu dihentikan - Syahredzan
Syahredzan Johan berkata sebuah undang-undang yang tidak berperlembagaan tidak sepatutnya dikuatkuasakan oleh mana-mana cabang atau institusi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua siasatan yang masih berjalan berkaitan kegagalan memberikan notis di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman perlu dihentikan serta-merta, dan Pendakwa Raya juga seharusnya menarik balik semua pertuduhan yang masih di mahkamah di bawah seksyen tersebut.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan, kerana bercanggah dengan hak berhimpun (Perkara 10(1)(b)) dan prinsip kesamarataan (Perkara 8(1)) dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa semua siasatan dan pertuduhan di bawah seksyen tersebut dihentikan serta-merta, kerana undang-undang yang tidak sah tidak wajar dikuatkuasakan oleh mana-mana institusi negara.
  • Keputusan ini memberi kejelasan selepas dua keputusan Mahkamah Rayuan yang bercanggah sebelum ini, dan dijangka mendorong kerajaan mempercepat pindaan Akta Perhimpunan Aman agar selari dengan prinsip perlembagaan.

Pandangan tersebut disuarakankan oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan susulan Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa seksyen berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
Jelasnya, sebuah undang-undang yang tidak berperlembagaan tidak sepatutnya dikuatkuasakan oleh mana-mana cabang atau institusi negara.
"Awal tahun ini, kerajaan melalui pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Akta Perhimpunan Aman akan dipinda, dan ketika itu beliau menyatakan pindaan akan dibentangkan pada sidang Parlimen berikutnya (bulan ini).
"Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, kerajaan juga seharusnya mengambil maklum alasan penghakiman dan mempertimbangkan pindaan bagi memastikan undang-undang ini selari dengan prinsip perlembagaan berkaitan pemberitahuan kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Syahredzan, yang juga seorang peguam berkata, keputusan tersebut juga memberikan kejelasan selepas dua keputusan yang bercanggah oleh Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dalam kes melibatkan Nik Nazmi Nik Ahmad dan R Yuneswaran melawan pendakwa raya masing-masing pada 2014 dan 2015.
Mengambil contoh kes tersebut, jelasnya, mahkamah ketika itu memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan kerana bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Namun, beberapa bulan kemudian panel berbeza Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang bercanggah dan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) adalah berperlembagaan dalam kes pendakwa raya melawan R Yuneswaran.
"Oleh itu, terdapat dua keputusan Mahkamah Rayuan yang bercanggah mengenai keperlembagaan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan sehingga keputusan hari ini, belum ada ketetapan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan berhubung perkara ini," katanya.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan, dengan keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang dalam panel tersebut ialah Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan).
Ketika membacakan keputusan itu, Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati subseksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak sah dari segi Perlembagaan kerana melanggar kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) dan prinsip kesamarataan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Seksyen 9 5 Akta Perhimpunan Aman
#Perlembagaan Persekutuan
#Mahkamah Persekutuan
#Syahredzan Johan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami