KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada minggu depan.
RUU itu, antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara yang berkaitan.
Selain itu, ia mengadakan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.
Berikut syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi:
(1) Tangguh pelaksanaan Generation End Game (GEG) selama tiga tahun bagi mengukuhkan persiapan dan pelaksanaan yang berkesan termasuk menyediakan rangka kerja penguatkuasaan. Ini bermakna GEG akan terpakai kepada individu yang dilahirkan selepas 2008.
(2) Memasukkan suatu Klausa "Penilaian Mandatori". Laporan Penilaian Mandatori yang dibuat dalam PSC kemudiannya perlu dibawa ke Parlimen dalam bentuk usul perbahasan dan diundi.
Dua pertimbangan utama dalam Penilaian Mandatori:
Tiga tahun:
(i) Menetapkan tempoh tiga tahun sebagai tempoh untuk menilai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan sepenuhnya GEG dan menilai keberkesanan pelaksanaan Rang Undang-Undang.
- Parameter penilaian hendaklah dipersetujui dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Parlimen melalui PSC Kesihatan, Sains dan Inovasi.
- Pelaksanaan penuh GEG hanya akan dilakukan selepas penilaian mandatori dibahaskan di Parlimen.
Tempoh penilaian selama 10 tahun:
(i) Menilai dan menganalisis tahap pematuhan dan keberkesanan akta dalam menangani isu merokok dan mengurangkan jumlah perokok, disamping memasukkan peruntukan baharu jika perlu berdasarkan sains dan data.
(3) Jawatankuasa menegaskan kerajaan perlu mempergiatkan usaha membanteras isu rokok haram agar pelaksanaan GEG dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.
(4) Jawatankuasa tidak bersetuju dengan cadangan hukuman jenayah bagi kesalahan yang melibatkan juvana.
- Jawatankuasa amat mengesyorkan agar hukuman yang dikenakan ke atas juvana tidak melibatkan pemenjaraan dan kesalahan tidak direkodkan dalam mana-mana sistem sedia ada.
- Antara penalti alternatif yang dicadangkan adalah seperti berikut:
(i) Khidmat masyarakat
(ii) Sesi kaunseling wajib
(iii) Denda yang munasabah untuk kesalahan pertama kali dengan garis panduan yang jelas
(5) Jawatankuasa mengesyorkan terapi gantian nikotin (NRT) dipasarkan secara terbuka di kaunter dan mudah didapati.
(6) Meningkatkan peruntukan dan mengukuhkan Program mQuit.
(7) Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada cukai yang dikutip daripada industri vape mesti diperuntukkan kepada program mQuit.
Astro Awani
Thu Jul 28 2022
KKM dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada mingu depan.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen
Khairy Jamaluddin mempengerusikan JPK yang turut diwakili enam Ahli Parlimen dari kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang.
Senarai syor terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022
KKM dijangka membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada mingu depan.