KUALA LUMPUR: Sentimen positif daripada pasaran global dan aktiviti memperelokkan akaun meningkatkan Bursa Malaysia pada rehat tengah hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.99 mata atau 0.21 peratus kepada 1,453.77 daripada 1,450.78 semasa ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka meningkat 1.59 mata kepada 1,452.37 dan bergerak antara 1,452.08 dan 1,455.42 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 391 kepada 379 manakala 413 kaunter tidak berubah, 1,120 tidak diniagakan dan 56 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.84 bilion unit bernilai RM937.18 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya kekal optimis pada minggu dagangan akhir tahun ini bahawa aktiviti memperelokkan akaun mungkin berlaku dan akan mendorong peningkatan FBM KLCI.

"Wall Street ditutup lebih tinggi (semalam), seiring dengan jangkaan 'Santa Claus Rally' dan pelabur meramalkan penurunan kadar pada Mac tahun depan, yang mendorong keyakinan belian di pasaran. Pasaran saham Eropah juga berakhir lebih tinggi," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Di pasaran komoditi, minyak Brent diniagakan lebih tinggi, melepasi paras US$80 setong.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun menokok 1.23 peratus kepada 33,714.22, Hang Seng Hong Kong melonjak 1.53 peratus kepada 16,590.23 dan Indeks Strait Times Singapura menambah 0.41 peratus kepada 3,152.91.

Kaunter saham wajaran tinggi Bursa seperti YTL menambah empat sen kepada RM2.54, diikuti dengan Press Metal dan Maxis, yang masing-masing meraih tiga sen kepada RM4.82 dan RM3.87. YTL Corporation dan CIMB masing-masing meningkat RM1.90 dan RM5.80.

Bagi saham aktif, Sarawak Cable naik 7.5 sen kepada 35.5 sen, Widad menambah setengah sen kepada 47.5 sen dan Leform menokok satu sen kepada 42 sen. SMTrack dan Velesto masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 menguncup 14.32 mata kepada 14,611.27 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 12.33 mata kepada 11,023.86.

Indeks FBM ACE meningkat 1.08 mata kepada 5,220.05, Indeks FBM Emas meraih 14.30 mata kepada 10,819.45 dan Indeks FBMT menokok 13.45 mata kepada 10,480.63.

Menurut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.21 mata kepada 172.75, Indeks Perladangan meningkat 20.48 mata kepada 7,018.61 dan Indeks Tenaga naik 3.17 mata kepada 822.60.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 9.77 mata kepada 16,201.22, manakala Indeks Hartanah berkurangan 1.90 mata kepada 862.02.

-- BERNAMA