awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang Datuk, dua penjawat awam antara 83 ditahan di pusat hiburan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
16/10/2021
07:43 MYT
Seorang Datuk, dua penjawat awam antara 83 ditahan di pusat hiburan
Kesemua 83 individu yang berusia antara 16 hingga 62 tahun itu terdiri daripada tiga penjaga premis pusat hiburan, manakala 80 individu lain ialah pekerja dan pelanggan. - Gambar ihsan PDRM
JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua penjawat awam antara 83 individu yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di tiga pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk berkenaan dan dua penjawat awam yang berusia 35 hingga 41 tahun itu adalah pelanggan pusat hiburan terbabit.
Menurut beliau, kesemua 83 individu yang berusia antara 16 hingga 62 tahun itu terdiri daripada tiga penjaga premis pusat hiburan, manakala 80 individu lain ialah pekerja dan pelanggan.
"Penjaga premis dikenakan kompaun antara RM10,000 hingga RM25,000 seorang, manakala, pekerja dan pelanggan dikompaun RM2,000 hingga RM5,000 seorang. Nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM357,000.
"Dalam serbuan pertama di Kompleks Berjaya Waterfront Stulang Laut, 50 individu diperiksa termasuk Datuk dan dua penjawat awam dan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.
"Dalam serbuan ini, turut ditahan 29 pelanggan positif dadah dan 10 perempuan warga asing kerana tiada dokumen perjalanan diri sah serta tinggal lebih masa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Menurut Ayob Khan, dalam serbuan kedua di sebuah kafe di Taman Desa Jaya pula, polis membuat pemeriksaan ke atas 17 individu iaitu seorang penjaga, tiga pekerja warga asing dan 13 pelanggan.
Penjaga premis dan pekerja kafe berkenaan ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah serta tidak memiliki permit bekerja.
Sementara dalam serbuan ketiga di kawasan komersial Southkey Mosaic di sini pula, polis memeriksa 16 individu iaitu seorang penjaga premis dan 15 pelanggan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 25 (n) Peraturan Pendaftaran Negara," kata Ayob Khan lagi.
Topic Berkaitan
#Datuk
#penjawat awam
#ditahan ketika berhibur
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan