awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM

Bernama
Bernama
11/08/2020
23:33 MYT
Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Ahmad Khusairi berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini. - Gambar fail
Seorang lagi anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan, kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen, di Sungai Buloh, dekat sini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini, seramai empat individu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.
Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun ini ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 5 petang Selasa, selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
“Suspek menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan yang dikutip untuk sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, kemudian suspek akan membahagikan wang kutipan itu kepada tiga lagi rakan suspek yang ditahan sebelum ini,” katanya kepada Bernama semalam.
Ahmad Khusairi berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.
BACA: Lindungi premis haram: Penguat kuasa lain mungkin terbabit - SPRM
BACA: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram
BACA: MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk
BACA: Mohd Asri disiasat, bukannya dihukum - Menteri Dalam Negeri
Terdahulu, Bernama melaporkan SPRM menahan tiga pegawai penguatkuasa MBSA untuk kes yang sama.
Baru-baru ini, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Khusairi Yahaya
#Asri Janggut
#beroperasi tanpa lesen
#Bukit Aman
#burger
#JIPS
#judi
#klip video
#lindungi premis haram
#MBSA
#pegawai penguatkuasa
#Premis perniagaan
#Rasuah
#shah alam
#siasatan
#SPRM
#Sungai Buloh
#suspek
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan