awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera kemalangan empat kenderaan

Aida Aziz
Aida Aziz
11/07/2022
12:49 MYT
Seorang maut, dua cedera kemalangan empat kenderaan
Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu turut membabitkan tiga kereta lain, dan menyebabkan dua orang lagi cedera. - Gambar/ JBPM
TAIPING: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain di Jalan Izzudin Shah, Kampung Assam Kumbang, di sini, hari ini.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu turut membabitkan tiga kereta lain, dan menyebabkan dua orang lagi cedera.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.33 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian.
"Terdapat empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. Difahamkan, kereta pemandu yang maut itu dilanggar dari belakang menyebabkan ia terbabas dan pemandu berusia 57 tahun itu tersepit.
"Dua lagi kereta yang datang dari arah bertentangan kemudian turut terbabit dalam pelanggaran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.
Katanya, dia kemudian disahkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Taiping
#tersepit
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan