awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Changkat Jering

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/07/2025
23:50 MYT
Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Changkat Jering
Wanita warga Indonesia yang bertaraf penduduk tetap Malaysia, berumur 55 tahun, berjaya dikeluarkan dari dalam kenderaan yang terbalik tetapi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Seorang wanita maut manakala dua mangsa cedera dalam nahas yang melibatkan dua buah kereta di Taman Mentari, Changkat Jering, dekat sini, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 12.17 tengah malam.
Menurutnya, kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Proton Saga FLX dan jenis Perodua Myvi, yang mengakibatkan Proton Saga tersebut terbabas dan terbalik.
Katanya, terdapat seorang lelaki berumur 21 tahun dan seorang wanita berumur 19 tahun di dalam Perodua Myvi, kedua-duanya mengalami cedera ringan dan telah dikeluarkan dari kereta tersebut oleh orang awam.
“Terdapat seorang wanita berumur 55 tahun masih berada di dalam kenderaan yang terbalik dan tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep RECEO, seterusnya anggota memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap dan melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kereta Proton Saga tersebut.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi,” ujarnya.
Katanya, mayat mangsa wanita Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Taiping
#nahas dua kereta
#Changkat Jering
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan