awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang parah, dua cedera nahas babit dua kenderaan

Aida Aziz
Aida Aziz
25/03/2023
23:00 MYT
Seorang parah, dua cedera nahas babit dua kenderaan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Kuala Dipang, Kampung Batu 20. - Foto JBPM Perak
KAMPAR: Seorang wanita parah manakala dua lagi lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan yang dipercayai bertembung di Jalan Kuala Dipang, Kampung Batu 20, di sini lewat malam tadi.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan I, Zahuri Zainal Abidin, kemalangan tersebut membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.24 malam, seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar bergegas ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati terdapat dua buah kenderaan telah bertembung menyebabkan penumpang wanita dari Toyota Vios tersepit dan cedera parah.
"Manakala dua lagi mangsa lelaki, masing-masing dari Toyota Hilux dan Toyota Vios cedera dan telah keluar dengan sendirinya," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan kemudiannya menyerahkan kepada pihak ambulans bagi rawatan susulan.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 12.35 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#cedera parah
#Zahuri Zainal Abidin
#Jalan Kuala Dipang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan