KUALA LUMPUR:Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) mengesahkan bahawa seorang pekerjanya positif COVID-19.

HRDF dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pekerja tersebut sedang menerima rawatan dan di bawah pemantauan ketat pihak pegawai perubatan.

Sehubungan itu, ibbu pejabat HRDF di Kuala Lumpur ditutup selama seminggu bermula hari ini bagi melaksanakan proses sanitasi di bangunan itu.

"Semua pekerja HRDF pula diarahkan untuk menjalani ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga selain memastikan keadaan kesihatan pekerja sentiasa dalam pemantauan.

Kenyataan media HRDF

"Pihak kami sentiasa mengutamakan tahap kesihatan dan kesejateraan pekerja serta pelanggan dalam apa juga situasi," tambah kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses kawalan jangkitan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).