KUALA LUMPUR:Seorang pelanggan Fitness First Platinum di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi, Klang disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON Retail Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi dalam entri terbaharu Facebook AEON Retail Malaysia.

Menurut beliau, pelanggan terbabit berada di premis berkenaan pada 6 Oktober lalu di antara pukul 3.13 hingga 4.40 petang. 

"Premis Fitness First terbabit telah diarahkan ditutup bagi tindakan selanjutnya. AEON dan Fitness First Platinum sedang bekerja rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk proses sanitasi seperti di tetapkan," katanya dalam kenyataan media pada Isnin. 

 
Sumber Facebook aeonretail.my