awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2023
07:39 MYT
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Suspek berusia 40-an itu ditahan kerana dipercayai menerima suapan RM1,800 daripada seorang ejen bagi tujuan menguruskan visa kemasukan dua warga Indonesia ke Malaysia tanpa melalui prosedur yang sah.
KUCHING: Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Suspek berusia 40-an itu ditahan kerana dipercayai menerima suapan RM1,800 daripada seorang ejen bagi tujuan menguruskan visa kemasukan dua warga Indonesia ke Malaysia tanpa melalui prosedur yang sah.
Perintah reman selama lima hari bermula 15 hingga 19 Februari 2023 dikeluarkan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.
Menurut sumber, suspek lelaki yang bertugas di sebuah jabatan itu dipercayai ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kuching, Sarawak.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#benar kemasukan PATI
#sprm sarawak
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan