awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serabai bukan lagi sekadar 'kuih kenduri tahlil'

Bernama
Bernama
20/09/2023
00:00 MYT
Serabai bukan lagi sekadar 'kuih kenduri tahlil'
Seumpama pankek, kuih berongga lembut berwarna putih keperangan hasil adunan tepung beras, gula dan santan yang sebenarnya tawar itu sering digandingkan dengan kuah manis atau jika di sebelah utara, kuah durian bagi lebih enak. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH: Jika anda penggemar kuih tradisional, pastinya anda mengenali kuih serabai yang lazimnya dihidangkan semasa kenduri tahlil.
Seumpama pankek, kuih berongga lembut berwarna putih keperangan hasil adunan tepung beras, gula dan santan yang sebenarnya tawar itu sering digandingkan dengan kuah manis atau jika di sebelah utara, kuah durian bagi lebih enak.
Mencabar diri sendiri, Ahmad Azri Ismail, 34 yang mengusahakan Kuih Serabai Tradisional menongkah arus apabila memilih makanan warisan tersebut untuk dijadikan juadah jualan secara komersial di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah di sini sejak terkesan dengan pandemik COVID-19 beberapa tahun lepas.
Merupakan generasi ketiga mengusahakan kuih berkenaan, Ahmad Azri ketika ditemui pemberita berkata pada zaman dahulu, serabai ditempah apabila hanya ada kenduri tahlil atau ketika Ramadan dan sememangnya menjadi kegemaran golongan warga emas.
"Resepi diperoleh daripada nenek saya dan keistimewaannya ialah adunan dicampur kelapa, sedikit berbeza dengan resepi dari utara yang agak masam kerana diletakkan yis. Memang bahannya mudah tetapi kena pandai mengadun.
"Bagi pelengkap pula, kuah durian atau jika ada permintaan, kuah nangka atau pisang. Alhamdulillah permintaan terhadap kuih ini sangat baik dan menjadi pilihan warga emas," katanya sambil mengakui tidak ramai yang sanggup menjual kuih itu secara komersial.
Ahmad Azri berkata kuih serabainya yang dijual pada harga RM2.50 bagi satu set atau tangkup bukan sahaja ditempah oleh pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura untuk majlis tahlil atau perkahwinan, malah pelbagai acara keraian.
"Setiap hari jualan mampu cecah 100 tangkup pada hari biasa dan jika hujung minggu atau musim cuti, boleh melebihi 300 tangkup dan saya pernah dapat tempahan untuk 1,000 tangkup. Jadi bekalan durian untuk kuah kuih ini memang selalu ada," katanya yang belajar membuat kuih itu sejak sekolah rendah.
Bagi memastikan pencuci mulut warisan tersebut terus diterima ramai terutama golongan muda, beliau kini giat mempromosikan serabai menerusi media sosialnya seperti Facebook.
"Jika bukan kita yang komersialkan juadah warisan nenek moyang, siapa lagi (yang akan komersialkan), sayang kalau makanan unik ini lenyap kerana peredaran zaman sedangkan tidak susah untuk membuatnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuih serabai
#Melaka
#kenduri tahlil
#komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan