KUCHING: Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri itu.
Menyambut baik keputusan tersebut, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata ia membolehkan penekanan lebih besar kepada pembangunan bersepadu, dan merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandar.
“Ini membolehkan birokrasi tertentu dipintas, mengurangkan karenah birokrasi dalam melaksanakan projek pembangunan di Malaysia Timur sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek yang diperlukan rakyat.
“Bagi Sarawak, pelaksanaan pantas projek pembangunan adalah kunci untuk memenuhi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dipelopori oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga menantikan lebih banyak hak dikembalikan semula kepada Sarawak dan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmennya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan tuntutan Sarawak bagi pembayaran geran khas kepada negeri-negeri Borneo di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan kami berharap hasil yang baik kepada Sarawak.
“Kami juga berharap perkara-perkara lain seperti desentralisasi kuasa berkaitan pendidikan dan kesihatan akan diteliti oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Wed Jan 04 2023
Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri itu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin
Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri ini.
Serah kuasa: Bantu mempercepat pembangunan Sabah dan Sarawak - Mohamad Alamin
Penyerahan kuasa kepada Sabah dan Sarawak bagi projek pembangunan bernilai RM50 juta ke bawah mampu mempercepatkan usaha membangunkan kedua-dua negeri tersebut.