Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak wajar berhubung soal kedaulatan Sabah kerana ia boleh menjejaskan kedudukan negara sekiranya perkara itu dibawa ke muka pengadilan kelak.
Katanya, apa saja kenyataan yang dibuat mengenai isu kedaulatan Sabah itu hendaklah berasaskan kepada dokumen dan triti yang berkaitan, dan semua dokumen dan triti itu mestilah dilihat secara menyeluruh.
"Serahkanlah hal (kedaulatan Sabah) ini kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang perundangan," katanya kepada Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pakar sejarah yang menyarankan kepada kerajaan supaya tidak lagi membayar wang sebanyak RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu kerana bayaran itu membayangkan pampasan pajak ke atas Sabah.
Astro Awani sebelum ini melaporkan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pembayaran wang itu boleh menjejaskan kedaulatan negara ke atas Sabah yang sehingga hari ini masih didakwa oleh waris kesultanan itu sebagai milik mereka.
"Pada pandangan saya, kerajaan Malaysia mesti menghentikan pembayaran itu. Sekiranya kerajaan berpegang bahawa ia adalah satu cession (penyerahan) dan bukannya pajak, kita sebagai negara merdeka tidak harus meneruskan pembayaran itu kerana ia menjejaskan kedaulatan kita," katanya.
Dr. Ranjit berkata demikian semasa temubual bersama Kamarul Bahrin Haron dalam program Agenda Awani pada Selasa.
Pembayaran wang sebanyak RM5,300 setahun itu adalah berdasarkan kepada perjanjian yang dibuat antara Sultan Jamalul Ahlam Kiram dengan dua pedagang Eropah, Alfred Dent dan Baron von Overbeck pada 22 Januari 1878.
Perjanjian itu adalah bagi pajakan ke atas wilayah Borneo Utara yang hari ini merupakan sebahagian daripada Sabah meliputi kawasan dari Sungai Pandasan di utara sampai ke Sungai Sibuku di selatan.
Dokumen perjanjian itu dalam bahasa Inggeris bagaimanapun menterjemahkan perkataan pajak sebagai penyerahan (grant and cede).
Malaysia meneruskan pembayaran itu selepas Sabah menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963.
Jelas Dr. Ranjit, pembayaran tahunan itu sehingga sekarang digunakan oleh Filipina dan waris Sultan Sulu untuk berhujah mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka.
Setiausaha Pertahanan Filipina, Viltaire Gazmin dalam satu sidang media di Manila minggu lalu mendakwa tindakan Malaysia yang terus membayar "pajak" kepada waris Kesultanan Sulu membayangkan bahawa Filipina ada hak untuk menuntut Sabah.
Sultan Jamalul Ahlam Kiram yang memajak wilayah itu kepada pedagang Eropah berkenaan adalah moyang kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah sekarang.
Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengirimkan kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak pertengahan Februari lalu.
Selepas kumpulan itu mengorbankan 8 anggota polis, pasukan keselamatan menggempur kampung berkenaan pada pagi semalam dalam operasi bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang diberi nama Ops Daulat.
Dalam kenyataan Sabtu lalu itu, Gazmin bagaimanapun menegaskan pembayaran oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu itu tidak menghalalkan tindakan pengikutnya menceroboh Sabah.
Malaysia mempertahankan Sabah sebagai wilayahnya yang berdaulat antara lain berdasarkan kepada pilihan yang dibuat oleh rakyat Sabah untuk membentuk Malaysia pada 1963. Pilihan itu juga kemudiannya diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Astro Awani
Wed Mar 06 2013
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.