awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 1,250 nelayan terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara - LKIM

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
26/12/2022
05:27 MYT
Seramai 1,250 nelayan terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara - LKIM
Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman (duduk, dua dari kanan) bersama penerima-penerima bantuan melibatkan nelayan dan keluarga yang terjejas akibat banjir di Kompleks LKIM, Tumpat, Kelantan - Foto Astro AWANI/HAFIZI ROSLI
TUMPAT: Seramai 1,250 nelayan di seluruh negara terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur pada ketika ini.
Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman, kebanyakan mereka berdepan kerosakan harta benda, rumah serta peralatan tangkapan ikan termasuk bot.
“Nelayan di Kelantan, Terengganu dan sebahagian di Pahang ramai yang terjejas, bagi mereka yang berdaftar dengan LKIM, kami akan salurkan bantuan.
“Hari ini, kami salurkan bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terjejas dan ia melibatkan peruntukan di bawah Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan LKIM,” jelasnya.
Beliau ditemui di majlis penyerahan bantuan wang dan keperluan asas kepada nelayan terjejas di Kompleks LKIM di sini, pada Isnin.
LAMAN MIKRO BENCANA BANJIR 2022 ADA DI SINI
Bantuan disalurkan kepada 30 nelayan dan tiga petugas LKIM yang terjejas dalam banjir pada tahun ini.
Tahun ini, LKIM telah menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan LKIM dengan jumlah RM1.11 juta bagi 1,337 penerima faedah, tambahnya.
Banjir Kelantan | Usaha membantu nelayan terjejas
Topic Berkaitan
#Banjir pantai timur
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#Yusoff Othman
#Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan LKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan