awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 12,000 anggota APM terima dua dos vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
07/08/2021
10:34 MYT
Seramai 12,000 anggota APM terima dua dos vaksin COVID-19
Suntikan vaksin berkenaan membolehkan anggota APM berasa lebih yakin ketika bertugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seramai 12,000 anggota tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Mohd Redzuan berkata, suntikan vaksin berkenaan membolehkan anggota APM berasa lebih yakin ketika bertugas di lapangan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
"APM merupakan petugas barisan hadapan dan saya telah diberitahu bahawa mereka (anggota APM) telah diberi dua dos vaksin COVID-19," katanya selepas menghadiri Taklimat Pemerkasaan Komuniti di APM Pulau Pinang sini hari ini.
Beliau berkata APM sentiasa seiring dengan hasrat kerajaan, daripada bermulanya penugasan di stesen kuarantin atau "Home Surveillance Centre" sehingga diberi tanggungjawab sebagai Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) bersama agensi barisan hadapan yang lain.
Selain itu, Mohd Redzuan berkata melalui APM ini juga kerajaan berusaha untuk meningkatkan lagi pemerkasaan dalam setiap komuniti.
"Kita perlu memastikan bahawa setiap pentadbiran komuniti itu dapat melaksanakan pemerhatian, pemantauan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah kuarantin kendiri dalam lokaliti masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#anggota
#suntikan
#vaksin
#COVID-19
#Mohd Redzuan Md Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan