awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 26,721 anggota bomba siap sedia hadapi banjir

Bernama
Bernama
13/12/2015
14:05 MYT
Seramai 26,721 anggota bomba siap sedia hadapi banjir
Pihak bomba juga menyiapkan pelbagai aset bagi menghadapi bencana banjir, yang merangkumi tujuh helikopter, 240 lori, 541 bot, kenderaan pacuan empat roda serta jet ski. - Gambar fail
Seramai 26,721 anggota bomba dari 277 balai bomba di seluruh negara telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir pada hujung tahun ini dan awal tahun depan.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata daripada jumlah itu, seramai 12,649 adalah anggota sepenuh masa, 577 anggota bomba bantuan manakala 13,495 lagi adalah anggota bomba sukarelawan.
"Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut bersedia daripada segi peralatan serta kerjasama dengan agensi yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, di sini hari ini.
Majlis itu turut menyaksikan penyerahan nota serah tugas di antara Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor yang baharu, Othman Abdullah.
Halimah berkata sebanyak ‎7,036 unit jaket keselamatan untuk kegunakan kerja menyelamat turut disediakan untuk berdepan banjir kali ini.
Selain itu, katanya pelbagai aset juga sudah dipersiapkan jabatan itu yang merangkumi tujuh helikopter, 240 lori, 541 bot, kenderaan pacuan empat roda serta jet ski.
Katanya bomba juga sudah mengaktifkan bilik gerakan banjir di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, sejak 20 November lepas.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya akan memantau dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi untuk perkembangan cuaca semasa.
Pada masa sama, semua cuti anggota akan dibekukan sekiranya keadaan memerlukan berdasarkan pemerhatian pihaknya dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana
#bomba
#Halimah Mohamed Sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan