awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 31,092 telah dapatkan kad sim internet RM5 sebulan - Fahmi

Bernama
Bernama
28/03/2023
20:30 MYT
Seramai 31,092 telah dapatkan kad sim internet RM5 sebulan - Fahmi
Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dilancarkan pada 28 Feb lepas bagi memudahkan golongan rentan mendapatkan akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Seramai 31,092 rakyat Malaysia telah membeli kad sim berharga RM5 sebulan yang ditawarkan melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih sejak ia dilancarkan pada 28 Feb lepas.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melalui satu hantaran ringkas di laman Facebooknya, pada Selasa.
"Semoga inisiatif ini mampu bantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah," katanya dalam hantaran itu.
Pakej berkenaan dilancarkan pada 28 Feb lepas bagi memudahkan golongan rentan seperti kumpulan B40, veteran, orang kurang upaya dan warga emas mendapatkan akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia.
Pakej itu ditawarkan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia serta YTL Communications, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenainya di laman web penyedia perkhidmatan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#warga emas
#Internet
#jurang digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan