awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 79 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Sabah

Bernama
Bernama
10/10/2022
09:22 MYT
Seramai 79 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Sabah
Sebuah keluarga yang terlibat banjir di Sabah dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). - Gambar APM Sabah.
KOTA KINABALU: Seramai 79 daripada 14 keluarga mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam bencana melibatkan daerah Penampang dan Putatan setakat pukul 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebuah PPS dibuka lewat pagi tadi di Dewan PPR Sri Keramat, Putatan yang menempatkan 53 orang daripada sembilan keluarga.
Katanya mangsa banjir di PPS Dewan Kebudayaan Penampang mangsa banjir berkurangan daripada 43 orang daripada 13 keluarga pukul 8 pagi tadi, kepada 26 orang daripada lima keluarga pada petang ini.
"Trend semasa banjir ketika ini menurun, pemantauan masih diteruskan terutama di kawasan hotspot banjir," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jadual perkhidmatan kereta api daripada Sembulan di sini ke Beaufort yang dibatalkan semalam, akan kembali beroperasi pada pukul 5.30 petang ini.
Menurut kenyataan itu, pembatalan operasi semalam adalah disebabkan landasan di Batu 11 dekat sini ditelengelami air setelah hujan lebat berterusan.
Hujan lebat berterusan petang semalam menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai barat Sabah terutama di daerah Kota Kinabalru, Tuaran dan Penampang dilanda banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#pusat pemindahan
#Sabah
#Penampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan