Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Kerjasama Pas-UMNO turut melibatkan Kelantan, Terengganu - Hadi Awang

Abdul Hadi berkata, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya di Melaka, malah berpotensi diteruskan di peringkat Persekutuan. - Astro AWANI
Abdul Hadi berkata, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya di Melaka, malah berpotensi diteruskan di peringkat Persekutuan. - Astro AWANI

Advertisement

Advertisement

BUKIT KATIL: Kerjasama politik antara Pas dan UMNO dijangka turut melibatkan Kelantan dan Terengganu selepas kedua-dua parti mencapai persefahaman menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama itu bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya di Melaka, malah berpotensi diteruskan di peringkat Persekutuan.

"Insya-Allah, ada kerjasama. Kerjasama," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama Pas dan UMNO diperluaskan ke Kelantan dan Terengganu selepas PRN Melaka.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini, hari ini.

Mengulas kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), Abdul Hadi berkata, segala urusan berkaitan pembahagian tugas serta penyelarasan jentera pilihan raya berjaya diselesaikan dengan baik.

Advertisement

Menurutnya, kedua-dua gabungan kini memberi tumpuan kepada usaha memastikan kerjasama yang dibentuk mampu diterjemahkan kepada kemenangan pada PRN kali ini.

"Yang penting ialah kerjasama kami memberi kemenangan. Kita selesai semua masalah.

"Kerjasama dapat diselesaikan dengan baik dan pembahagian jentera dapat dilakukan dengan sistematik. Dua belah pihak yang turun membantu," katanya.

Ditanya sama ada kerjasama berkenaan akan terus diperkukuh selepas PRN Melaka, beliau menjangkakan hubungan kedua-dua gabungan akan menjadi lebih baik berdasarkan pengalaman kerjasama sebelum ini.

"Insya-Allah, akan diteruskan dan kita jangkakan bahawa kerjasama lebih baik setelah kita menerima pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan hari ini yang ketiga di Melaka.

"Insya-Allah, peringkat Persekutuan dan seterusnya," katanya.

Sebelum ini, BN dan PN memeterai persefahaman politik menjelang PRN Melaka ke-16 bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri, selain menyelaraskan gerak kerja jentera pilihan raya kedua-dua gabungan.

Kerjasama itu menyaksikan PN diberikan ruang bertanding di enam kerusi DUN, manakala BN turut menyatakan komitmen membantu calon PN dalam usaha menghadapi Pakatan Harapan (PH).

Bagi DUN Bukit Katil, pertandingan menyaksikan calon PH, Adly Zahari daripada Parti Amanah Negara (Amanah), berdepan Mohd Ridzuan Mohd Shariff daripada Pas yang mewakili PN.

Turut menawarkan diri ialah calon Parti Bersama, Dr Aliza Che Amran serta calon Bebas, Abu Bakar Sabudin, menjadikan kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, dengan tempoh kempen selama 14 hari bermula selepas proses penamaan calon pada Sabtu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement