Seramai 8,042 orang dikenal pasti menghidap penyakit dan pembawa talasemia dalam negara sehingga Disember tahun lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini berdasarkan laporan 'Malaysian Thalassaemia Report' yang buat pertama kali diterbitkan, yang menunjukkan lebih 5,000 pesakit daripada jumlah itu dikesan berada pada tahap kritikal yang memerlukan rawatan berkala melalui pemindahan darah.
"Dalam konteks Malaysia, seorang dalam 20 warganegara kita adalah pembawa genetik talasemia. Nisbah itu agak tinggi dan serius... tetapi pada masa yang sama, kepanjangan hayat pesakit talasemia ada menunjukkan peningkatan.
"Ini adalah satu penunjuk yang positif, menunjukkan keberkesanan perubatan rawatan kita," katanya pada sidang media Hari Talasemia Kebangsaan 2019 (National Thalassaemia Day 2019) di sini pada Sabtu.
Tambahnya peningkatan jangka hayat pesakit membuktikan bahawa rawatan serta teknologi terkini berhasil membantu pesakit menikmati jangka hayat yang lebih lama sehingga ke usia lebih 40 tahun.
Dr Dzulkefly berkata bagaimanapun kerajaan perlu membelanjakan RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka dan kos itu juga semakin meningkat.
Sehubungan itu katanya, bagi mengawal penyakit genetik itu daripada terus meningkat, rakyat seharusnya mengetahui status talasemia mereka dengan menjalani ujian saringan talasemia.
"Mahu atau tidak mahu...kita perlu imbas saringan, dan menggalakkan setiap pasangan tidak berkahwin sesama pembawa genetik talasemia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019

Dr Dzulkefly melihat ubat-ubatan bagi penyakit talassemia selepas merasmikan Hari Talassemia Nasional di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, 4 Mei, 2019. --fotoBERNAMA

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Berdepan kesan psikologi, Jepun minta China henti ujian calitan dubur terhadap rakyatnya
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam tiga hingga enam sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.

AWANI Ringkas: Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo Bee Yin | Tabung Haji umum agihan keuntungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Vaksin COVID-19: 'Kita harus iktiraf KKM ada pengetahuan teknikal' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata bagaimanapun, ketika ini, lebih penting untuk kerajaan memastikan mereka mempunyai strategi komunikasi yang berkesan untuk mendepani cabaran ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Harap pembangkang bersikap profesional - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berharap wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.

STFC syor tambah jumlah barisan hadapan tangani COVID-19 di Selangor
Dr Dzulkefly mencadangkan agar kakitangan barisan hadapan segera ditambah bagi mempercepatkan semua proses dari peringkat saringan hingga ke pemantauan pesakit dalam kuarantin.

Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul
Keengganan KKM berkongsi data mentah menyebabkan Kerajaan Negeri bertinju dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Selasa cukup dirasai ramai pihak.

Penutupan pembetung sebagai langkah jangka pendek selesaikan banjir di Kuala Selangor - Dr Dzul
Dr Dzulkefly berkata, beliau telah pun mengadakan perbincangan wakil Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk Pegawai Daerah dan Jurutera Daerah.

Undi Belanjawan 2021: Yang berdiri tak salah, yang duduk juga adalah benar - Dr Dzul
Dr Dzulkefly berkata, Amanah akan melakukan sesi penerangan supaya penyokong, akar umbi mendapat pemahaman yang lebih jelas.

Belanjawan 2021: Saya bukan bangkang semata-mata untuk membangkang - Dr Dzulkefly
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau mahukan belanjawan yang terbaik untuk rakyat, khususnya berkaitan dengan sektor kesihatan.

Belanjawan 2021: Kerajaan tidak boleh dilihat cuba politikkan hal nyawa, kehidupan - Dr Dzul
Dr Dzulkefly berkata, pelaksanaan PKPB di hampir seluruh negara menimbulkan kesangsian, seolah-olah tidak berdasarkan data yang berkaitan.