GUA MUSANG: Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
Seorang pekebun Mohd Zain Ismail, 81, berkata beliau sudah mendiami kampung itu selama 55 tahun dan tidak pernah mendengar berita mengenai kejadian serangan binatang buas itu sebelum ini.
"Sepanjang saya menetap di kampung ini tidak pernah lagi ada kejadian harimau membaham manusia. Ini adalah sejarah paling buruk apabila sudah tiga orang dilaporkan maut di kawasan Pos Pasik, Kampung Meranto dan Kampung Kuala Tol.
"Sekarang ini penduduk nak cari makan dengan hasil tanaman di kebun sangat susah kerana ketakutan dengan ancaman harimau belang ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Mohd Zain berkata walaupun bimbang dengan kejadian terbabit, penduduk terpaksa meneruskan aktiviti berkebun yang merupakan sumber pendapatan mereka.
Bagi pekebun Ismail Che Pa, 66, tiga insiden ngeri yang berlaku secara berterusan dalam bulan yang sama memberi impak terhadap punca pendapatan lebih 100 pekebun yang kini terjejas kerana takut untuk ke kebun.
"Sekarang ini penduduk hanya berada di rumah dan tidak boleh pergi ke mana-mana. Nak ke sekolah pun ada yang terserempak dengan harimau, betapa kritikalnya keadaan sekarang.
"Kebanyakan daripada kami di sini hanya bekerja bersendirian tanpa bantuan pekerja jadi kita tidak bergerak secara berkumpulan," katanya.
Turut senada pekebun Tuan Abdullah Tuan Ismail, 61, yang kini hanya berada di rumah buat sementara waktu.
"Sebelum ini saya pernah terdengar bunyi ngauman harimau dan saya terkejut dengan kejadian yang menimpa seorang warga Indonesia yang mencari rezeki menoreh getah di kampung ini.
"Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana sangat bimbang dengan keselamatan nyawa terutamanya ketika ingin ke kebun," katanya.
Pada Rabu (29 Nov) seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia Shabaini, 36, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan pada bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan.
Kejadian itu merupakan serangan harimau ketiga bulan ini.
Sebelum ini pada 12 Nov lepas, seorang lelaki warga Myanmar Ahka Soe Ya, 22, ditemukan maut pada 1.30 tengah hari dipercayai diserang harimau di sebuah ladang getah di Kampung Meranto, di sini.
Kurang 48 jam sebelum itu, mayat seorang lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah ladang di Hutan Simpan, Kampung Meranto.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Sebelum ini pada 12 Nov lepas, seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut pada 1.30 tengah hari dipercayai diserang harimau di sebuah ladang getah di Kampung Meranto. - Gambar Bernama
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Jejak logam: Daripada suka-suka kini jadi punca rezeki
Kegiatan tersebut bukan sahaja memberikan pulangan tinggi tetapi turut merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga.
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah
Ismail berkata permintaan cendawan itu sangat memberangsangkan dengan pasaran tertumpu di sekitar Kuala Nerang.
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal jadi negeri sifar miskin tegar tahun ini
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal menjadi negeri sifar miskin tegar pada tahun ini meskipun terdapat 120 KIR dikenal pasti kembali ke kelompok itu setakat ini.
Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun
Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Lebih RM2 juta diperuntuk untuk program Wanita Bangkit - Nancy Shukri
KPWKM setakat ini telah memperuntukkan lebih RM2 juta bagi membantu kaum wanita keluar dari kepompong kemiskinan menerusi program Wanita Bangkit.
Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.
Sumber nelayan makin kurang, hanya taman alam jadi harapan
"Hingga ke hari ini tiada mana-mana pihak agensi kerajaan yang datang memberi penjelasan..." keluh penduduk.